web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

Politik Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2024 8:42PM

Kerusi DUN Sungai Bakap sebelum ini disandang oleh PAS. – Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – PAS mungkin bukan pilihan automatik untuk pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap walaupun parti itu adalah penyandang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan, kata pengundi.

Mereka memberitahu The Malaysian Insight, apa yang diperlukan ialah seorang wakil rakyat yang bukan sahaja lantang tetapi responsif kepada keperluan pengundi.

Malah mereka hanya akan membuat keputusan siapa yang akan disokong selepas meneliti senarai calon yang bertanding.

Demikian maklum balas beberapa pengundi tempatan menjelang PRK Sungai Bakap pada 6 Julai dengan hari penamaan calon pada 22 Jun.

Kerusi DUN Sungai Bakap di Pulau Pinang kosong berikutan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff, 56, pada 24 Mei lalu akibat radang perut.

Zamri yang merupakan Yang Dipertua Pas Nibong Tebal memenangi kerusi itu pada PRN Ogos lalu menewaskan calon Pakatan Harapan Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi.

Allahyarham Nor Zamri Latiff. – Gambar Facebook
Allahyarham Nor Zamri Latiff. – Gambar Facebook

PH memilih ahli akademik bersara Joohari Ariffin sebagai calonnya untuk PRK itu. Joohari, 60, pernah mengajar di Nibong Tebal dan aktif dalam pelbagai aktiviti sosial dan kebajikan.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin berkata calon daripada gabungan itu adalah daripada PAS dan gabungan itu dijangka menamakan calon mereka hari ini.

Pemandu lori, Hamzah Nordin berkata, Adun yang dipilih kelak bukan sahaja perlu menyuarakan perkara-perkara dalam dewan dan media sosial, tetapi juga menangani isu-isu tempatan yang kadang-kadang mungkin remeh kepada orang luar.

Antara harapannya ialah termasuk gelanggang futsal untuk belia supaya mereka mempunyai platform untuk bermain bola sepak dalaman.

Katanya, Kawasan lain di Nibong Tebal mempunyai gelanggang futsal tetapi tidak di Sungai Bakap.

“Tidak banyak yang saya inginkan. Keadaan di sini agak biasa dan normal,” kata Hamzah.

Beliau berkata ramai pekerja tempatan mendapat pekerjaan di Kawasan lain di Pulau Pinang manakala terdapat sebuah taman perindustrian di Sungai Baong berhampiran yang menawarkan kemudahan kepada masyarakat yang lebih suka bekerja berhampiran tempat tinggal mereka.

Mengenai dakwaan kekurangan bekalan air yang teruk, Hamzah menafikan perkara itu.

“Sebenarnya mereka yang tinggal berhampiran sempadan Kedah yang mengalami masalah tetapi di Sungai Bakap, kami mendapat bekalan yang stabil sekarang.

“Gangguan sekali-sekala mungkin dua kali seminggu dan kebanyakannya adalah dari 5 petang hingga 7 malam,” kata Hamzah.

Pengundi tempatan Osman Rawa berkata seperti orang lain, penduduk di sini prihatin dengan isu harian termasuk banjir kilat.

Beliau berkata bekas Adun, Allahyarham Zamri dikenali dalam kalangan masyarakat.

“Kami mengenali beliau sebagai orang tempatan. Kami tidak pasti sama ada pengundi akan terus menyokong partinya (PAS). Kedua-dua PH dan Perikatan Nasional (PN) mendapat sokongan di sini,” katanya.

Pendaftaran pemilih terkini menunjukkan terdapat 39,279 pengundi di kawasan itu, 39,222 daripadanya pengundi biasa dan 57 anggota polis.

Pada pilihan raya Ogos lalu, Melayu membentuk 59.36% daripada pengundi, Cina (22.54%), India (17.39%), dan etnik lain (0.71%).

Mana-mana pihak yang boleh membendung kenaikan kos sara hidup akan mendapat tempat di hati pengundi. – Gambar fail
Mana-mana pihak yang boleh membendung kenaikan kos sara hidup akan mendapat tempat di hati pengundi. – Gambar fail

Isu Kos Sara Hidup

Peniaga Lim Ah Huan berkata mana-mana pihak yang boleh membendung kenaikan kos sara hidup akan mendapat tempat di hati pengundi kerana terdapat kebimbangan terhadap kuasa beli mereka.

“Ia sama ada memerlukan cara untuk mengurangkan kos atau meningkatkan kapasiti pendapatan kami supaya dapat menangani isu kos sara hidup,” katanya.

Lim menyarankan kerajaan cuba mengurangkan bilangan pemain dalam rantaian bekalan untuk mengurangkan kos dalam logistik supaya harga barangan juga dapat dikurangkan.

Pemerhati politik, Rahmad Isahak dalam pada itu berkata, pengurangan subsidi diesel mungkin mendorong pengundi protes untuk menyokong PN.

“Tidak banyak isu setempat di Sungai Bakap tetapi terdapat kebimbangan penurunan harga bahan api boleh mencetuskan kesan melata terhadap isu kos sara hidup.”

Rahmad juga berkata pengundi kini sudah bijak dan mereka mahu mempunyai pemimpin yang tulen, bukan mereka yang berdakwah tetapi bertindak sebaliknya. – The Malaysian Insight, 15 Jun 2024.

Berita Berkaitan

1

Politik 2 hari yang lalu

Kesepakatan BN, PH Bolehkan Jentera Parti PRK Sungai Bakap Berjalan Lancar

2

Selebriti 2 hari yang lalu

Rocky Din Terharu Berpeluang Rakam Semula Lagu 'Marilah Mengundi'

3

Politik 2 hari yang lalu

Pilihan Raya Bukan Tempat Tentukan Akidah Pengundi - Saifuddin Nasution

4

Politik 3 hari yang lalu

PRK Sungai Bakap: Saingan 2 Penjuru Antara PH, PN

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

Semasa 1 hari yang lalu

Rasuah RM30,000: 2 Pegawai Kanan Agensi Penguatkuasa Dan Isteri Direman

Politik 19 jam yang lalu

‘Jangan Hipokrit, Bukankah Pemimpin PN Sendiri Luluskan BlackRock?’ - PM

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Semasa 1 hari yang lalu

Miza Ozawa Dipenjara 2 Bulan

oleh Wartawan Getaran