web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PRK Sungai Bakap: Saingan 2 Penjuru Antara PH, PN

Politik Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jun 2024 1:19PM

Calon PN Abidin Ismail (kiri) dan Dr Joohari Ariffin dari PH pada penamaan calon di Pusat Penamaan Calon Dewan Serbaguna Sungai Jawi hari ini. - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NIBONG TEBAL – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).

PH mempertaruhkan bekas pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara, Dr Joohari Ariffin untuk merampas kembali kerusi kubu kuat PKR itu.

Manakala PN yang perlu mempertahankan kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos tahun lepas diwakili bekas eksekutif logistik yang juga Naib Yang Dipertua PAS Nibong Tebal, Abidin Ismail.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Khairulnizam Hashim mengumumkan calon yang layak bertanding selepas proses penamaan calon tamat pada 10 pagi tadi di Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi di sini.

Khairulnizam memaklumkan Joohari, 60, yang diiringi seorang pencadang dan penyokong menyerahkan borang pencalonan pada 9.03 pagi diikuti Abidin, 56, pada 9.06 pagi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tempoh berkempen selama 14 hari bermula hari ini hingga 11.59 malam pada 5 Julai dengan pengundian awal pada 2 Julai.

Seramai 39,279 pengundi berdaftar layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam PRK itu yang terdiri 39,222 pengundi biasa dan 57 anggota polis.

Terdahulu, Joohari tiba di pusat penamaan calon diiringi penyokong serta beberapa pimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan antaranya Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan, Pengerusi DAP Lim Guan Eng dan Pengarah Strategik Amanah Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Turut hadir memberi sokongan kepada Joohari ialah Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu, Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil, Timbalan Ketua Penerangan 1 PKR Datuk R. Ramanan, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Pulau Pinang Nurul Izzah Anwar, Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Abidin pula diiringi Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Naib Presiden Bersatu Datuk Dr Radzi Jidin dan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Hadir sama Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

PRK DUN Sungai Bakap diadakan susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang Ogos tahun lepas, Nor Zamri yang juga Yang Dipertua PAS Nibong Tebal menewaskan calon PH Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi.

PRK berkenaan merupakan PRK kelapan yang diadakan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 pada 2022. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Peluang PN Cerah Di PRK Nenggiri - Penganalisis

2

Politik 2 bulan yang lalu

PRK Sungai Bakap: Kerajaan Perpaduan Hormat Pilihan Rakyat

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Tak Rasmi - PN Pertahan Kerusi DUN Sungai Bakap

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Siasatan Gangguan Seksual Terhadap Wartawan Wanita Di Peringkat Akhir

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 8 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki