web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rocky Din Terharu Berpeluang Rakam Semula Lagu 'Marilah Mengundi'

Selebriti Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2024 3:27PM

- Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUTTERWORTH - Seniman era 60-an Rocky Din atau nama sebenarnya Mohd Hashim Sharif meluahkan perasaan gembira dan terharu, apabila lagu ikoniknya terutama ketika musim pilihan raya 'Marilah Mengundi', bakal dirakam semula, untuk diberikan nafas baharu.

Rocky, 75, berkata beliau bersedia untuk merakam semula lagu yang popular di tanah air pada bila-bila masa, susulan jemputan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil kerana lirik dan melodinya sentiasa diingati beliau, malah juga rakyat Malaysia sehingga kini.

"Pencipta lagu tersebut, Johari Salleh memberi saya masa dua minggu untuk berlatih dan sewaktu saya merakam lagu itu dahulu, saya cuma memerlukan 10 minit sahaja.

"Saya berbesar hati dengan undangan ini (merakam semula) dan setiap kali waktu mengundi, saya rasa seronok bila lagu ini menjadi fenomena semula," katanya kepada pemberita selepas menerima bantuan Ziarah Seni MADANI Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) daripada Fahmi di sini, semalam.

Rocky Din yang sebelum ini pernah diserang strok empat tahun lepas berkata keadaan kesihatannya bertambah baik, meskipun terpaksa berkerusi roda untuk bergerak.

"Alhamdulillah, dengan kesihatan yang semakin baik saya masih boleh meneruskan aktiviti seni dan menyanyi menghiburkan orang ramai pada setiap Jumaat hingga Ahad, di sebuah restoran di sini," katanya.

Lagu Marilah Mengundi nyanyian Rocky Din, mula diputarkan sejak 1978 setiap kali menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) dan masih popular sehingga kini.

Sementara itu, Fahmi berkata Kementerian Komunikasi akan meminta RTM menjemput Rocky Din bagi rakaman semula lagu itu, bagi mengembalikan semangat keluar mengundi pada musim pilihan raya termasuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, pada 6 Julai.

"Harapan saya generasi baharu, para pengundi dan anak-anak muda akan dapat mendengar olahan baharu lagu ini, agar ia terus menjadi halwa telinga dan pencetus kepada orang ramai untuk keluar mengundi bagi menunaikan kewajipan mereka," katanya.

Terdahulu, Fahmi turut menyampaikan sumbangan tabung kasih@HAWANA kepada tiga petugas media yang sedang diuji dengan masalah kesihatan di Pulau Pinang.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Nur-ul Afida Kamaludin, Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo Durar Raj, Ketua Pegawai Eksekutif Finas Datuk Azmir Saifuddin Mutalib dan Presiden Kelab Media Mutiara Pulau Pinang Iskandar Othman. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

PRK Sungai Bakap: Kerajaan Perpaduan Hormat Pilihan Rakyat

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Tak Rasmi - PN Pertahan Kerusi DUN Sungai Bakap

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Siasatan Gangguan Seksual Terhadap Wartawan Wanita Di Peringkat Akhir

4

Politik 2 bulan yang lalu

PRK Sungai Bakap: ‘Pengundi Muda Tolong Keluar Mengundi’ - PH

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara