web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PRK Kemaman: PAS Kekal Status Quo, Pertahan Kerusi

Politik Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 02 Dec 2023 10:38PM

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CHUKAI - PAS mengekalkan status quo di Kemaman selepas calonnya Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen itu.

Menteri Besar Terengganu itu menang dengan majoriti 37,220 selepas memperoleh 64,998 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang mendapat 27,778 undi.

Keputusan rasmi itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Ahmad Farhan Abdul Wahab di pusat penjumlahan undi di Dewan Berlian Utama Majlis Perbandaran Kemaman, di sini malam ini.

Ahmad Farhan berkata, sebanyak 65.76 peratus pengundi keluar menunaikan tanggungjawab mereka pada PRK itu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15, Che Alias Hamid daripada PAS menang dengan majoriti 27,179 undi, menewaskan tiga calon lain iaitu Datuk Seri Ahmad Said (BN), Hasuni Sudin (Pakatan Harapan) dan Rosli Ab Ghani (Parti Pejuang Tanah Air).

PRK itu diadakan semula susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 September lalu yang membatalkan kemenangan Che Alias pada PRU15 itu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 6 bulan yang lalu

Keputusan UPKK 2023 Diumumkan 18 April Ini

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Keputusan Kes Nik Elin Tidak Jejas Mahkamah Syariah - Mohd Na'im

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Keputusan Rayuan Kes Rasuah Isa Samad 6 Mac

4

Politik 10 bulan yang lalu

PRK Kemaman : Pusat Pengundian Ditutup, Proses Penjumlahan Undi Bermula

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia