web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jangan Politikkan Isu Pembatalan 16 Enakmen Syariah Kelantan - TPM Zahid

Politik Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 11 Feb 2024 7:57PM

Timbalan Perdana Menteri,  Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi disambut keluarga angkatnya, Beh Song Wan ketika hadir pada Majlis Kunjungan Kasih Tahun Baharu Cina di Taman Desa Bersatu Simpang Empat, Hutan Melintang, hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BAGAN DATUK - Keputusan Mahkamah Persekutuan yang membatalkan 16 peruntukan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 tidak perlu dipolitikkan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid berkata, ini kerana keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan itu berkait dengan peruntukan perundangan diluluskan oleh DUN (Dewan Undangan Negeri) Kelantan dan bukannya berkenaan Mahkamah Syariah.

Pada masa yang sama, beliau bersetuju sekiranya perbincangan antara Ahli Parlimen yang beragama Islam diadakan, bagi memperkasakan undang-undang syariah dengan syarat pihak yang terlibat tidak mempolitikkan isu itu.

"Soal perbincangan, boleh diadakan, tetapi kita mesti menelaah tentang soal penentuan fikrah dan tidak menjadikan politik (sebagai) garis utama, atau sudah terhentak ke dinding baru nak panggil orang Islam untuk bincang tentang perkara ini," katanya selepas melakukan kunjungan kasih ke atas keluarga angkatnya sempena sambutan Tahun Baharu Cina di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang mengajak semua pihak, terutama ahli Parlimen beragama Islam untuk bergabung berbincang mengenai memperkasakan undang- undang syariah.

la susulan Mahkamah Persekutuan pada 9 Februari lalu dalam keputusan majoriti 8-1 memutuskan bahawa 16 peruntukan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 adalah batal dan tidak sah.

Keputusan itu disampaikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai sembilan anggota, selepas membenarkan permohonan Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Abdul Rahman, bagi mencabar isu perlembagaan untuk membatalkan 18 peruntukan kesalahan di bawah enakmen tersebut.

Mengulas sama ada kabinet perlu mengadakan perbincangan mengenai keputusan itu, Ahmad Zahid berkata setakat ini, kabinet tidak bercadang untuk membincangkan perkara tersebut di dalam mesyuarat. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Malaysia Bakal Teroka Kaedah Baharu Termasuk Teknologi AI Atasi Banjir - Ahmad Zahid

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Ketua Hakim Negara Ingatkan Peguam Tidak Ulas Kes Cabar Enakmen Syariah Kelantan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

PM Anwar Hadir Ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ahmad Zahid Di Sri Satria 

4

Politik 1 tahun yang lalu

Kerajaan Perpaduan Secara Dasar Setuju Sedia Peruntukan Kepada Ahli Parlimen Pembangkang - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia