Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Anwar Belum Bincang Calon PH Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

Politik Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 12 Apr 2024 4:23PM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HULU SELANGOR - Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau masih belum berbincang mengenai calon yang akan mewakili Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.

"Saya belum berbincang dengan sesiapa mengenai perkara itu (PRK)," kata Pengerusi PH itu secara ringkas kepada pemberita semasa menghadiri Jamuan Hari Raya Aidilfitri dan solat Jumaat di Masjid Bandar Utama Batang Kali di sini.

Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai status calon PH bagi PRK itu yang akan diadakan pada 11 Mei ini.

Pada 4 April lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian awal PRK berkenaan masing- masing pada 27 April dan 7 Mei.

Kerusi DUN Kuala Kubu Baharu kosong susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong pada 21 Mac lalu.

Lee, 58, yang menguasai kerusi di bawah Parlimen Hulu Selangor itu sejak 2013, meninggal dunia selepas beberapa tahun bergelut melawan kanser. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Kazakhstan Beri Peluang Syarikat Malaysia Teroka Bidang Baharu

2

Semasa 1 hari yang lalu

PM Gesa Tindakan Tegas Terhadap Pihak Lakukan Kekacauan

3

Politik 1 hari yang lalu

Dakwa Syarikat Pro Israel Beli Saham МАНВ Hanya Hasut Kebencian, Kata PM

4

Semasa 1 hari yang lalu

Presiden Kazakhstan Bersedia Tingkat Interaksi, Kerjasama Dengan Malaysia

Sorotan

1

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

2

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

3

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

4

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

5

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

6

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

Disyorkan untuk anda

Sukan 11 jam yang lalu

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

Semasa 11 jam yang lalu

 Kompleks Makan Dinaik Taraf, Penjaja Gembira, Pelanggan Bertambah

oleh Diyana Nawwar

Sukan 24 minit yang lalu

Faisal Halim Tunjuk Kesembuhan Positif

Semasa 7 jam yang lalu

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Mangsa Disolatkan Di Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil