web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kerajaan Kemuka Usul Rujuk Wan Saiful Ke Jawatankuasa Parlimen Isnin Ini

Politik Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jun 2024 12:57PM

Pada 28 Februari lalu, Wan Saiful Wan Jan mendakwa ditawarkan RM1.7 juta untuk menyokong Anwar Ibrahim. – Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan dijangka membawa satu usul untuk merujuk Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen dalam persidangan Dewan Rakyat, Isnin ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan mengemukakan usul tersebut susulan dakwaan Wan Saiful pada sidang Dewan Rakyat, 21 Mac lalu bahawa pertuduhan kes mahkamah terhadapnya boleh dibatalkan dan digugurkan.

Berdasarkan Aturan Mesyuarat dan Usul-Usul Dewan Rakyat, kenyataan yang dibuat Wan Saiful dianggap mengelirukan Parlimen.

"Bahawa Dewan yang mulia ini memandang serius kenyataan Ahli Parlimen Tasek Gelugor di mana secara tersirat telah mendakwa bahawa ada individu yang konon bertindak bagi Kerajaan boleh memanipulasi untuk membatal atau mengugur pertuduhan kes mahkamah terhadap Ahli Parlimen Tasek Gelugor.

"Bahawa perbuatan ini telah menunjukkan Ahli Parlimen Tasek Gelugor telah menyebut perkara yang sedang dalam timbangan mahkamah dan boleh dianggap merosakkan kepentingan pihak-pihak yang berbicara dalam kes tersebut.

“Maka ini dipersetujui Tasek Gelugor hendaklah dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan untuk membuat penentuan sama ada kenyataan dibuat olehnya dalam dewan itu mengelirukan dan merosakkan kepentingan pihak berbicara dalam kes tersebut dan mengambil apa-apa keterangan difikirkan perlu,” kata usul berkenaan.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri berkata, jawatankuasa perlu membuat syor untuk pertimbangan Dewan Rakyat.

Pada 28 Februari lalu, Ahli Parlimen Perikatan Nasional itu mendakwa ditawarkan habuan RM1.7 juta untuk menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Wan Saiful membuat dakwaan itu ketika membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong.

Beliau mendakwa telah menghadiri beberapa siri pertemuan dengan individu berbeza yang cuba memujuknya untuk menyokong Anwar.

Bekas ketua penerangan Bersatu itu sedang berdepan tuduhan pengubahan wang haram dan rasuah melibatkan projek Jana Wibawa. - Getaran, 22 Jun 2024
 

Berita Berkaitan

1

Politik 4 bulan yang lalu

Dewan Rakyat: Wan Saiful Mohon Maaf, Usul Gantung 6 Bulan Ditarik Balik

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Kes Pengubahan Wang Haram, Rasuah Wan Saiful Dibicarakan Bersama

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Pengubahan Wang Haram RM5.59 Juta, Wan Saiful Terima 18 Pertuduhan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kebocoran Maklumat Tanpa Nama, Adakah SPRM Ada Motif Tersembunyi? – Wan Saiful

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Rosmah Nafi Beli Barangan Mewah Guna Dana 1MDB

Politik 1 jam yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

Semasa 1 hari yang lalu

Al Azhar Main Peranan Siginifikan Dalam Dunia Islam - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 10 jam yang lalu

Parti Buruh Britain Dijangka Menang Pilihan Raya