Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Benarkah Mandi Bunga Beri Kesan Positif Pada Badan Atau Sekadar Mitos?

Refleksi Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2024 8:09AM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Meskipun sering tampil dengan imej menarik terutama di hadapan khalayak, namun model pakaian yang ingin dikenali sebagai Nurul, 26, masih kurang berkeyakinan dengan penampilan dirinya sehingga kadangkala terpaksa menukar pakaian beberapa kali sebelum keluar rumah disebabkan perasaan itu.

Pelbagai cara suda dilakukan termasuk mendapatkan nasihat perunding imej, namun tidak berkesan sehinggalah rakan baiknya mencadangkan supaya beliau mengamalkan mandi bunga sebagai ikhtiar untuk meningkatkan semula keyakinan diri.

Meskipun pada awalnya beliau agak skeptikal dengan cadangan yang dianggap mustahil, namun selepas mencuba dan merasakan sendiri perubahan yang berlaku pada dirinya sehingga beliau tampil lebih semangat serta berkeyakinan membuatkan anak kelahiran Shah Alam, Selangor itu percaya amalan mandi bunga memiliki kebaikan tersendiri.

"Saya percaya setiap bunga ada manfaatnya, khasiat-khasiat bunga itu apabila sudah direndam dengan air akan ada manfaatnya kepada diri dan badan kita.

"Mandi bunga bukan sesuatu yang baharu, zaman nenek moyang kita lagi sudah ada... dan biasanya saya akan melakukannya dua kali setahun," katanya kepada BERNAMA.

Pakar Botani dari Univeriti Putra Malaysia, Profesor Dr Rusea Go berkata, secara saintifik, bau harum serta warna yang dikeluarkan oleh bunga itu menjadikan ia terapi dalam mandian tersebut.

"Bau harum dan warna pada bunga tersebut secara tidak langsung memberi kesan positif kepada kesihatan jiwa dan emosi melalui rangsangan saraf pada hidung yang mampu meningkatkan mood serta sensori.

"Pembebasan bahan kimia endorfin pula membuatkan kita berasa gembira melalui bau yang dikeluarkan. Kemudian dari situlah datang perasaan tenang, mengurangkan stres dan meningkatkan aura positif," katanya.

Walaupun begitu, Rusea berkata, kesan mandian bunga tidak dapat dirasakan secara optimum, sekiranya menggunakan kaedah yang salah kerana penggunaan air suam sangat penting untuk merembeskan minyak pati dan haruman semula jadi.

Senada dengan Rusea, Master Urut Sendi dan Saraf, Nurimah Nuredin berkata, jenis bunga-bungaan yang digunakan menjadi faktor utama keberkesanan dalam setiap amalan mandi bunga.

"Seeloknya gunakan bunga yang masih segar dan berbau harum seperti bunga kenanga, bunga raya dan daun pandan. Kalau bunga dah tidak ada bau dan layu, orang mandi akan begitu juga kejadiannya kerana kita mandi sebab mahukan tenaga daripada bunga itu.

"Selain itu, perlu juga dicampurkan dengan limau nipis bagi menarik unsur-unsur negatif dalam badan, selain turut mengekalkan kelembapan pada kulit kerana mengandungi vitamin D dan C," katanya.

Mengulas lanjut jenis bunga yang digunakan, Nurimah berkata, jika boleh elakkan bunga dengan batang berduri seperti bunga mawar dan rendaman air mandi bunga itu juga sebaiknya dicampur dengan garam yang turut berfungsi menarik aura negatif.

Pakar Psikologi, Profesor Madya Dr Shazli Ezzat Ghazali pula berpendapat sistem kepercayaan yang dipegang oleh seseorang itu terhadap manfaat mandi bunga menyebabkan ia mampu merawat masalah kesihatan yang dihadapinya.

"Ini dapat dijelaskan dengan kesan plasebo iaitu jika individu itu percaya bahawa sesuatu rawatan atau ubat mampu mengubati penyakit berkenaan maka sakit itu boleh pulih.

"Jadi kesan plasebo ini akan menguji kekuatan sistem kepercayaan kita. Kalau kita percaya, sakit kita boleh hilang. Kalau ragu-ragu, sakit itu sentiasa ada mandi banyak kalipun tidak ada kesan," katanya kepada BERNAMA.

Beliau berkata, disebabkan itu, pemikiran orang yang melakukan amalan mandi bunga memainkan peranan besar, selain impak sokongan sosial. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelbagai Inisiatif, Insentif Menerusi Belanjawan 2024 Bakal Manfaatkan Rakyat Tahun Ini - Pakar

2

Semasa 1 tahun yang lalu

PM Mahu Timbalan Menteri Fokus Laksana Perancangan, Perubahan Untuk Rakyat

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Nusantara Punyai Potensi Besar Untuk Pelancongan Indonesia, Malaysia - Sandiaga Uno

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Syarikat Penerbangan Perlu Tumpu Aspek Operasi, Elak Kelewatan Penerbangan - Loke

Sorotan

1

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

2

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

3

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

4

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

5

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

6

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

Disyorkan untuk anda

Gaya 10 jam yang lalu

Pasar Besties Bazaar Memupuk Kebahagiaan, Tangani Masalah Kesihatan Mental

oleh Rahayu MN

Selera 2 jam yang lalu

The Exchange TRX Persembahkan TRX Eats, Acara Makan-Makan dan Hiburan Hujung Minggu 

Berlangsung sepanjang Mei ini, acara tersebut turut memberi peluang pengunjung memenangi pelbagai baucer dan hadiah.

oleh Rahayu MN