web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Belum Terlambat Buat Ibadah Korban, Jom Semak Pilihan Yang Ada

Ibadah yang satu ini adalah ibadah sunat yang sangat disukai Allah SWT, laksanakanlah  jika anda berkemampuan

Refleksi Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2024 8:34AM

- Gambar fail

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hukum melaksanakan ibadah korban adalah sunat muakkad, iaitu sunat yang sangat dituntut. Oleh itu, jika anda seorang yang berkemampuan, adalah sangat untuk melakukan ibadah ini. 

Bagaimanapun, tidaklah berdosa bagi mereka yang tidak melaksanakannya. Ibadah yang satu ini adalah ibadah sunat yang sangat disukai Allah SWT, berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Tidak ada satu amalan anak Adam pada hari Nahar (Hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih binatang korban), kerana ia (binatang korban) itu akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk, kuku dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah korban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang korban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu perelokkan olehmu niat serta binatang yang dikorbankan.” – (Riwayat al-Hakim).

Bagi anda yang belum mendaftar untuk melakukan ibadah ini, anda sebenarnya masih punya masa untuk berbuat demikian. Berikut adalah pilihan yang tersedia:  

1. Yayasan Budi Ihsan Malaysia - Program Ihsan Palestin 2024

Yayasan Budi Ihsan Malaysia (YBIM) diasaskan semenjak 2018 dengan objektif yang sama dengan pertubuhan amal lain, namun berbeza daripada segi pendekatan iaitu menyantuni golongan daif serta keluarga asnaf yang ‘tercicir’ tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan.

Tahun ini yayasan ini menganjurkan Program Ihsan Palestin 2024 dengan membawa misi 1 juta pek daging korban dan makanan ke bumi Palestin. 

Kos untuk menyertai Ibadah korban ini hanya RM350 untuk seorang. Jika tidak mampu, anda masih boleh menderma demi solidariti kepada saudara Islam di sana. Dengan hanya RM40 anda boleh menyumbang pek makanan ‘retort’ dapat pahala jihad Palestin.

Layari https://ybim.org.my/ untuk maklumat lanjut.

2. MyFundAction - Qurban Care For Gaza

MyFundAction ialah organisasi bukan untung yang dikendalikan oleh belia yang merangkul kasih sayang dan semangat melalui kesukarelawanan dan keusahawanan. Banyak nama-nama besar yang menyatakan sokongan kepada organisasi ini seperti Vivi Yusof, Imam Muda Asyraf, Dr, Malar dan ramai lagi.

Untuk tahun ini, anda boleh daftar korban dengan memilih beberapa pakej tersedia. Untuk seekor kambing ia berharga RM470, untuk sebahagian lembu RM875, manakala untuk seekor lembu harga yang ditetapkan ialah RM6,125. 

Boleh ke sini, https://qurban.myfundaction.org/?ref=HQ-P01 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

3. Qurbanaid

Membawa misi untuk terus membantu umat Islam khususnya fakir miskin yang memerlukan bantuan untuk keperluan makanan, pakaian dan tempat tinggal. 

Melalui program ibadah korban anjuran Qurbanaid Sdn Bhd, penyertaan dari peserta bukan sahaja membantu mengurangkan beban fakir miskin bahkan pembelian ternakan Qurban di sini membantu meningkatkan ekonomi.

Pelaksanaan ibadah korban bersama Qurbanaid dijalankan di lapan buah negara iaitu Indonesia, Kemboja, Vietnam, Bangladesh, Filipina, Sudan, Malawi, dan Tanzania. Tahun ini harga yang  ditetapkan untuk sebahagian lembu hanya RM299, seekor lembu berharga RM2,093 dan untuk seekor kambing pula hanya RM459. Anda juga boleh memilih korban unta yang berharga RM599. 

Layari https://online.qurbanaid.my/ untuk pendaftaran dan maklumat lanjut.

4. Cinta Syria Malaysia 

Cinta Syria Malaysia ialah sebuah NGO yang memfokuskan kepada usaha untuk meringankan beban pelarian Syria dan memperjuangkan isu pendidikan di kalangan kanak-kanak pelarian Syria. 

Tahun ini mereka melancarkan ‘Qurban Mission CSM 11.0’ yang bukan sahaja untuk rakyat Syria, tetapi juga untuk komuniti Muslim di Sri Lanka juga.

Ini peluang untuk kalian melakukan ibadah korban untuk saudara-saudara kita yang sedang diuji. Harga untuk 

Sebarang persoalan boleh hubungi mereka melalui WhatsApp di talian 011 3313 7539 (Maziah). 

5. IKHLAS Korban

Tahun ini Ikhlas Com Travel & Umrah Sdn Bhd (ikhlas.com) menyasarkan lebih 100,000 penerima yang bakal mendapat manfaat menerusi kempen ‘IKHLAS Qurban Musim Kelima’ sempena sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini.

Setakat tahun lalu, IKHLAS Qurban diberi kepercayaan oleh hampir 7,000 pengguna aplikasi ikhlas.com untuk menyempurnakan lebih 9,000 ibadah korban dengan pengagihan di dalam dan luar negara yang melibatkan kira-kira 105,000 keluarga atau hampir 430,000 penerima, dan jumlah tersebut dijangka meningkat tahun ini.

IKHLAS Qurban menawarkan pilihan pakej iaitu ‘Korban Lokal’, ‘Luar Negara’ dan ‘Asnaf’ yang bermula serendah RM350 meliputi lebih 35 negara di seluruh dunia termasuk Thailand, Kemboja, Vietnam, Laos, Myanmar, Filipina, Indonesia, Bangladesh, Sri Lanka, India, Palestin, Pakistan dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut, layari ikhlas.com atau muat turun aplikasi mudah alih menerusi Apple App Store dan Google Play Store. - Getaran, 10 Jun 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Istimewanya Daging Korban, Hadiah Buat Golongan Memerlukan

2

Refleksi 3 minggu yang lalu

Zulhijjah, Mari Raikan Kedatangan Bulan Penuh Fadhilat

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Lembu 'Kayangan' Pilihan VIP, Golongan Berkemampuan Laksanakan Ibadah Korban

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Ibadah Korban Dibenarkan Di Perlis Dengan Pematuhan SOP

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Program Pengurusan Berat Badan Diperibadikan Untuk Gaya Hidup Lebih Sihat

oleh Rahayu MN

Jelajah 5 jam yang lalu

Encore Melaka Dibuka Semula Dengan Barisan Persembahan Ekstravaganza

Persembahan berdurasi 70 minit ini menggunakan teknologi kreatif untuk menceritakan sejarah 700 tahun dan perubahan Melaka.

oleh Rahayu MN