web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Elly Mazlein Selamat Bersalin Haider Mateen

Kak Lina Pom Pom melahirkan anak lelaki pertama, Haider Mateen Mohamad Azlan.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Oct 2021 5:32PM

Gambar: Instagram @iamellymazlein

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selebriti versatil, Elly Mazlien atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi (41) selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada jam 12:23 pagi tadi.

Putera pertama hasil perkahwinan dengan suami kedua, Mohamad Azlan Che Nuh ini diberi nama Haider Mateen Mohamad Azlan.

Elly yang lebih mesra disapa dengan panggilan Kak Lina Pom Pom itu mengumumkan perkhabaran baik ini melalui hantaran di laman Instagramnya.

“Alhamdullilah, Kak Pom selamat bersalin pada 23 Oktober 2021 jam 12:23 pagi tadi.

“Terima kasih untuk segala doa,” ucapnya.

Dalam hantaran yang sama, Elly turut memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi dan kepada suami dan keluarga yang menjaga dan menguruskan persalinannya.

“Terima kasih, suami dan manja jaga mama sepanjang mengandung sehingga bersalin. Alhamdullilah, kita ada orang baru...bertambah seorang lagi dalam keluarga comel kita.

“Alhamdullilah, syukur Ya Allah,” ungkapnya.

Tulis Elly lagi, “Assalamualaikum Haider, selamat datang ke dunia si pembawa kecerian kami.”

Untuk rekod, Elly dan Azlan berkahwin pada tahun 2020 selepas setahun berkenalan.

Melalui perkahwinannya sebelum ini, Elly dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Sara Sehfia Azmi. - Getaran, 23 Oktober 2021

Isu Pada

Rizal Rasid – Tentang Kesihatan Mental

23 Oct 2021

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara