web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Shuk Sahar Akui Rindu Untuk Melawak, Mengacara Dan Menjadi Penyampai Radio

Perkara itu didedahkan oleh Shuk Sahar dalam sebuah hantaran yang dikongsikan di Instagram.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Sep 2022 8:15PM

Shuk sering diajukan soalan sama ada dia merindu kerjaya lamanya - Gambar Instagram Shuk Sahar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelawak kontroversi, Shuk Sahar mengakui bahawa dia sangat merindui dengan tugasnya yang terdahulu iaitu melawak, mengacara dan menjadi penyampai radio.

Menerusi sebuah hantaran di akaun Instagram, Shuk tau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohammad Sahar, 36, mendedahkan dia sering diajukan soalan sama ada dia merindu kerjaya lamanya.

“Ada orang tanya Shuk tak rindu ke nak melawak lagi? Shuk tak rindu ke nak ‘hosting’ lagi? Shuk tak rindu ke nak buat ‘comeback’?

“Sumpah aku rindu. Rindu nak melawak, rindu nak ‘hosting’, rindu nak bercakap dengan kawan-kawan dalam radio”, tulisnya di bahagian kapsyen. 

Dalam satu hantaran yang lain pula Shuk menulis bahawa hidup ini merupakan satu pilihan dan bersetuju bahawa pilihan yang dibuat akan mempengaruhi apa yang bakal terjadi di masa hadapan.

“Doakan aku supaya dapat membuat pilihan yang betul. Maafkan aku kalau ada salah silap aku. Kalau kita buat salah, berani akui salah silap. Kita hadapi kesan dari salah silap kita dan terus cuba perbaiki salah silap kita. Maafkan aku,” tulisnya. 

Sementara itu di bahagian komen kelihatan ramai netizen yang memberikan kata-kata semangat untuknya kembali bangkit dari kisah lalu. Namun mereka juga menasihatinya agar tidak lagi membuat perangai lama dan berubah ke arah yang lebih baik supaya kembali diterima.

Sebelum ini Shuk pernah meraih populariti sebagai pelawak, pengacara beberapa buah program televisyen popular seperti 'I Can See Your Voice Malaysia' dan merupakan salah seorang penyampai radio Hot FM. 

Namun segalanya berubah selepas dia terlibat dengan kontroversi kes curang sehingga akhirnya membawa padah apabila dia ditamatkan kontrak sebagai penyampai radio. – Getaran, 13 September 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 bulan yang lalu

Bella Astillah Dedah Aliff Aziz Curang 11 Kali, Termasuk Dengan Adiknya

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Kerana Cemburu, Jurugambar Sambilan Maut Ditikam

3

Semasa 9 bulan yang lalu

‘Abdul Syukur Terima Biasiswa Kerana Layak’ - MAIWP

4

TARA 9 bulan yang lalu

6 Cara Untuk Sembuhkan Hati Selepas Dicurangi

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Demi Watak, Hariz Hamdan Sanggup Cium Tapak Kaki Farah Ahmad Dalam Siri X-Change

oleh Helmi Anuar

Filem & TV 4 jam yang lalu

Filem Trilogi Epik Demon Slayer Bakal Ditayangkan Di Pawagam 

Crunchyroll dan Sony Pictures Entertainment bersedia untuk edar filem sinematik tiga bahagian yang membawa kemuncak shonen saga kepada penonton global.

oleh Wartawan Hiburan Getaran