web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Song Ji-hyo Teruja Sambutan Peminat Malaysia, Janji Nak Masak Nasi Lemak

Aktres Korea yang jelita ini sempat berseloroh bahawa jika dia memasak nasi lemak, peminat harus membayarnya.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Nov 2022 8:08PM

Song Ji-Hyo - Gambar oleh Wafa Aula

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon terkenal Korea Selatan, Song Ji-hyo terharu dengan sambutan luar biasa peminatnya di Malaysia walaupun sudah empat tahun tidak menjejakkan kaki ke negara ini.

“Tak sangka lepas empat tahun saya menjejakkan kaki ke sini, saya masih menerima sokongan yang baik daripada anda semua. 

“Terima kasih saya ucapkan kepada semua,” katanya ketika ditemui Getaran di majlis pelancaran jenama produk kecantikan Korea Selatan, Glutanex di Tropicana Gardens Mall, hari ini. 

Mengakui sedang sibuk memenuhi jadual penggambaran dan kerjaya. Pelakon itu juga sempat berkongsi cerita belakang tabir karakter Jo Hee Ra dalam drama terbarunya, 'The Witch’s Diner'.

“Dalam drama itu awak mesti rasa saya pandai masakkan? Sebab watak Hee Ra pandai masak. Namun hakikatnya saya tak berapa mahir memasak. Awak boleh saksikan itu dalam episod belakang tabir drama berkenaan. 

“Walau bagaimanapun, saya berlatih bersungguh-sungguh untuk menjayakan watak Hee Ra.  Namun kalau peminat Malaysia nak saya masakkan sesuatu, saya akan cuba. Nasi Lemak?

“Tapi kalau saya masak, awak kena bayar tau,” katanya dalam nada bergurau disambut sorakan peminat.

Ji-hyo hadir ke Malaysia sempena mempromosikan jenama produk kecantikan wajah Glutanex. Ji-hyo mengakui sepanjang menggunakan jenama ini, wajahnya kekal lembap dan berseri walaupun banyak melakukan aktiviti luar. - Getaran, 11 November 2022 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Sukan 2 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Penerbangan Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Bangladesh Berlepas Pagi Ini 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia