web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dikecam Kerana Bela Anjing, Fezrul Khan Akui Ia Bukan Satu Kesalahan, Membela Ikut Panduan Al-Quran

“Susah sebenarnya hendak bercakap berkenaan perkara membela anjing ini, kerana kita ada banyak mazhab, jadi lebih senang jika saya berpandukan kepada Al-Quran,” kata Fezrul.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Nov 2022 10:00PM

Fezrul Khan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Saya membela anjing berpandukan Al-Quran,” itulah kenyataan yang diberi pelakon Fezrul Khan berhubung  kecaman orang ramai di media sosial.

Menurut Fezrul nama sebenarnya, Fezrul Khan Junaidi Khan, 40, sukar baginya untuk membahaskan isu peliharaan anjing berikutan terdapat banyak mazhab.

“Susah sebenarnya hendak bercakap berkenaan perkara membela anjing ini, kerana kita ada banyak mazhab, jadi lebih senang jika saya berpandukan kepada Al-Quran.

“Saya berpandukan Al-Quran sahaja, kalau ada sebarang kemusykilan, biasanya saya akan merujuk kitab suci kerana Allah yang menurunkan al-Quran, bukannya mazhab itu sendiri.

“Sekiranya masih sukar mendapatkan kefahaman, barulah saya akan merujuk atau berjumpa dengan ustaz,” katanya.

Fezrul berkata demikian pada sidang media drama ‘Aku Seorang Perempuan’ siaran TV9 secara virtual, baru-baru ini.

Tambah pelakon watak popular ‘Cikgu Bahar’ tersebut, orang ramai tidak gemar merujuk kepada Al-Quran, sebaliknya lebih mempercayai ceramah pendakwah bebas.

“Masyarakat sekarang tidak minat membaca dan tidak mahu membaca. Mereka hanya mendengar ceramah-ceramah oleh pendakwa bebas.

“Sedangkan kita ada pelbagai mazhab. Contohnya, mazhab kita berbeza di Mekah. Jadi, ada umat Islam yang membela anjing di sana dan ianya tidak menjadi isu, ‘no problem’,” tegasnya.

Terdahulu, Fezrul dikecam, berkenaan perkongsian mengenai anjing peliharaan yang diracun dalam laman Instagram (IG) mendapat perdebatan, baru-baru ini.

Fezrul mendedahkan, dia memelihara enam anjing jenis K-9 untuk menjaga kebunnya di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Baginya, ia tidak menjadi satu kesalahan kerana memelihara binatang untuk tujuan keselamatan terutama pada waktu malam, memandangkan dia bersendirian di kebunnya. - Getaran, 24 November 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Saya Dah Hantar Mesej, Tapi Dia Tak Mahu Bekerja Dengan Saya – Reen Jawab Isu Cekik

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara