web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jangan Terjebak Dengan Cinta Lokasi - Zed Zaidi Tegur Rakan Pelakon Supaya Tidak Terbawa-Bawa Dengan Kaedah Lakonan

Zed memberikan teguran tersebut kerana tidak mahu tindakan rakan pelakon yang terjebak dengan mainan cinta lokasi ini menimbulkan masalah kepada syarikat produksi.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Feb 2023 8:00PM

Zed Zaidi menegur supaya mengelak diri daripada terjebak daripada terbabit bermain cinta lokasi supaya tidak timbul masalah kepada syarikat produksi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Meskipun dihimpit kontroversi panas ketika ini, tidak profesional bagi seorang pelakon membawa masalah ketika berada di set penggambaran.

Itulah pandangan Pengerusi Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) Zed Zaidi, isu kisah kecurangan dan cinta lokasi yang menjadi perbualan hangat dalam industri hiburan ini.

Pemilik nama sebenar Rozaidi Abdul Jamil , 43,  itu turut menegur supaya mengelak diri daripada terjebak daripada terbabit bermain cinta lokasi supaya tidak timbul masalah kepada syarikat produksi.

Menurutnya,  perbuatan tidak profesional itu bukan saja mencalarkan imej pekerja filem atau drama malah mendatangkan kecaman andai membabitkan hubungan terlarang antara suami atau isteri orang.

“Dari sudut pandang SENIMAN, diharap semua pelakon dapat bersikap profesional. 

“Jangan jadikan method atau menghayati watak sebagai alasan kerana perkara yang tak diingini itu boleh berlaku andai pelakon sendiri terbawa-bawa perasaan.

“Set penggambaran bukan tempat untuk seseorang pelakon bermain cinta sebaliknya tumpukan kepada niat untuk mencari rezeki. 

“Jangan terjebak dengan cinta lokasi. Kita sebenarnya akan susahkan diri sendiri dan orang lain,” katanya.

Zed berkata demikian ketika diminta mengulas isu pelakon Sophia AlBarakbah yang didakwa cubaan mengganggu rumah tangga pasangan selebriti Aliff Aziz dan Bella Astillah.

Tambah Zed lagi, pihaknya bagaimanapun, tidak mempunyai sebarang kuasa untuk campur tangan terutama apabila ada dalam kalangan penggiat seni meminta aktres itu digam stesen televisyen.

“Sebenarnya, pihak SENIMAN tiada kuasa dan tiada undangan yang teratur di bawah kuasa kita atas perkara ini, andai isu berkenaan membawa kepada kes mahkamah barulah persatuan boleh ambil tindakan mengikut garis panduan yang sepatutnya.

“Tindakan hanya boleh diambil selepas mahkamah tentukan seseorang itu bersalah,” jelas Zed lagi  kepada Getaran di majlis pembukaan pejabat Agensi Antarabangsa Kami Sempoi (KSIA) di Quill City Mall baru-baru ini, 

Dalam pada itu, Zed yang juga Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), turut berkata,  seseorang selebriti dinasihatkan untuk tidak berumah di tepi pantai sekiranya takut dilambung ombak.

Ujarnya lagi, apabila timbul isu membabitkan mana-mana rumah tangga, seseorang artis wajar berkomunikasi dengan baik untuk menyelesaikan masalah berbangkit.

“Apabila isu babitkan sesebuah keluarga, selebriti yang terbabit kena tahu cara untuk memberi reaksi.

“Biasanya apabila seseorang artis itu kurang arif soal ini, mereka cenderung memberi reaksi menggunakan emosi,” katanya. 

Justeru, Zed merancang untuk mengadakan program mengasah kemahiran berkomunikasi dalam kalangan pelakon melalui kerjasama dengan Kementerian Kemahiran Komunikasi dan Digital.

“SENIMAN akan memohon kementerian untuk bersama-sama menggariskan panduan berhubung apa boleh dan tak supaya dijadikan rujukan semua artis tempatan.

“Ia supaya dapat melahirkan lebih ramai bakat baru yang bijak berkomunikasi dan berkebolehan berdepan sesuatu isu dengan bijak,” katanya. – Getaran, 6 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Hampir 5,000 Penggiat Seni Bakal Peroleh Manfaat Kerjasama FINAS, PERKESO - Fahmi

2

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Isu Mentega Terbang: SENIMAN Buat Laporan Polis, Gesa Tindakan Diambil Terhadap Penerbit Dan Pengarah 

3

Filem & TV 1 tahun yang lalu

SENIMAN Persoal Arahan FINAS Untuk Kosongkan Kenderaan Di Ruangan Parkir Di Premis Agensi Tersebut! 

4

Kolum 2 tahun yang lalu

Pembabitan Artis Dalam Politik

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara