web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Berjaya Kumpul Lebih RM70,000 Afdlin Shauki Akan Ke Turkiye Dan Syria Bagi Misi Bantuan Mangsa Gempa Bumi

Afdlin turut mengalu-alukan sumbangan daripada mana-mana individu atau syarikat terhadap misi Yayasan Afdlin Shauki (YAS) bagi membantu mangsa gempa bumi di Syria dan Turkiye. 

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2023 9:42AM

Afdlin Shauki Aksan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon, pengarah and penerbit, Datuk Afdlin Shauki Aksan bakal bertolak ke Turkiye dan Syria bersama pasukan Yayasan Afdlin Shauki (YAS) bagi membantu mangsa gempa bumi.

Menurut Afdlin, dia masih berusaha mengumpul dana sumbangan untuk disalurkan kepada mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria.

Afdlin ketika dihubungi memaklumkan, seramai sepuluh anggota dari pasukan YAS akan berlepas ke Turkiye pada 5 Mac ini.

“Saya bersama pasukan saya bakal bertolak ke Turkiye pada 5 Mac ini dan kami akan berada di sana selama tiga hari. Kemudian kami akan ke Syria dan akan berada di sana selama tiga hari juga sana bagi menyampaikan misi bantuan YAS ini. 

“Setakat ini kami berjaya mengumpul lebih RM70,000 dan masih lagi dalam proses pengumpulan. Jadi, saya memohon sekiranya ada individu atau syarikat yang sudi membantu, bolehlah membuat sumbangan kepada YAS,” katanya kepada Getaran.

Seorang kanak-kanak menangis di celah kesan runtuhan di Turkiye. - Gambar dari twitter @Sabekhan5
Seorang kanak-kanak menangis di celah kesan runtuhan di Turkiye. - Gambar dari twitter @Sabekhan5

Menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Kecemasan (AFAD) pada Rabu, jumlah kematian di Turkiye akibat gempa bumi yang dahsyat bulan lalu telah meningkat kepada 45,089 orang, menjadikan jumlah kematian termasuk di Syria adalah kira-kira 51,000.

Manakala lebih 108,000 orang mengalami kecederaan di Turki.

Bencana itu juga menyebabkan berjuta-juta orang kehilangan tempat tinggal dan terpaksa berteduh di khemah atau berpindah ke bandar lain.

Jelas Afdlin lagi, objektif utama mereka ke Syria selain daripada Turkiye adalah kerana  negara tersebut turut mengalami gempa bumi, namun kurang mendapat bantuan daripada mana-mana pihak bukan kerajaan.

Katanya, mereka menyasar menyampaikan sumbangan berupa makanan, selimut, bahan bakar, wang tunai dan barangan keperluan lain.

“Sebenarnya, terdapat sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dari Syria yang akan membantu kami untuk mengedar sumbangan daripada Malaysia ini kepada yang diperlukan.

“Kami juga sudah menghubungi mereka berkenaan misi sumbangan ini, jadi semua dana dan sumbangan yang kita kumpul akan diagihkan kepada mangsa gempa bumi di Syria bersama NGO ini,” ujarnya.

Menurut Afdlin, yayasan miliknya itu turut menghantar seramai empat wakil daripada skuad pengurusan jenazah YAS untuk membantu mangsa gempa bumi di Turkiye.

“Kami harap skuad yang telah dihantar sebelum dua hari telah sampai ke Turkiye bagi membantu dalam pengurusan jenayah kepada mangsa gempa bumi ini,” tambahnya.

Afdlin turut mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan artis yang sentiasa mengambil tahu maklumat terkini dan membantu mewujudkan kesedaran dengan menggunakan pengaruh mereka.

"Terima kasih juga saya ucapkan kepada rakan-rakan artis yang menyokong dan mewujudkan kesadaran mengenai misi ini menerusi video dan sebagainya,” katanya.

Program ini juga mendapat kerjasama daripada Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), Rumah Bantu Insan dan Yayasan Kubra.

Sumbangan dana boleh disalurkan kepada akaun Maybank YAS 564810516713. – Getaran, 2 Mac 2023.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara