web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


'Puteri Sarah: Terus Melangkah' Naskhah Kisah Hidup, Bukan Untuk Buka Aib Orang Lain – Puteri Sarah

Menurut Puteri Sarah, naskhah yang bakal menceritakan perjalan hidupnya itu bukan hanya banyak menitiskan air mata sendiri, tetapi turut gagal menahan air mata insan terdekat seperti keluarga dan rakan-rakan.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2023 12:00PM

Puteri Sarah Liyana - Gambar Instagram Puteri Sarah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon, Puteri Sarah Liyana mengakui dirinya gagal menahan air mata sepanjang proses menyiapkan naskhah pertamanya yang berjudul ‘Puteri Sarah: Terus Melangkah’ yang baharu sahaja  dilancar malam tadi. 

Menurut Sarah, naskhah yang bakal menceritakan perjalan hidupnya itu bukan hanya banyak menitiskan air mata sendiri, tetapi turut gagal menahan air mata  insan terdekat seperti keluarga dan rakan-rakan.

“Sejujurnya saya memang banyak kali menitiskan air mata dalam proses menyiapkan buku pertama saya ini yang membawa kisah hidup saya.

“Bukan setakat air mata saya sahaja, tetapi keluarga, adik beradik dah kawan-kawan rapat yang banyak memberikan input untuk siapkan buku ini,” katanya kepada Getaran.

Puteri Sarah berkata demikian pada majlis pelancaran buku pertamanya ‘Puteri Sarah: Terus Melangkah’ yang berlangsung di PWTC bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.

Berkongsi lanjut, Puteri Sarah atau nama sebenar Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 37, berkata, naskhah ‘Puteri Sarah: Terus Melangkah’ bakal mendedahkan kisah peribadi  sebenarnya yang tidak pernah dikongsikan kepada umum.

Jelasnya, naskhah berkenaan dipenuhi bukan hanya dengan singkapan peristiwa, tragedi, dan momen-momen jatuh bangun sahaja, tetapi turut diselit dengan saat bahagia serta memori-memori indah.

Gambar Instagram Puteri Sarah Liyana
Gambar Instagram Puteri Sarah Liyana

“Buku ini ditulis bagi menjadi satu motivasi kepada semua diluar sana untuk melangkah ke depan tanpa menoleh ke belakang.

“Ada yang ingin pinjam sifat positif dalam diri saya. Oleh itu, saya menghasilkan buku ini supaya orang ramai boleh membaca perjalanan kisah hidup saya,” ujarnya.

Dalam pada itu, pelakon drama Sufiyah itu turut mendedahkan bahawa bukunya itu hanya menceritakan kisah sebenar yang berlaku dalam hidupnya.

Tambahnya, naskhah ini dilancar bukan untuk membuka aib mana-mana pihak sebaliknya untuk menjadi perkongsian kepada umum berkenaan momen-momen jatuh bangun hidupnya.

“Buku ini berkongsi sikap positif diri dan hanya menceritakan perkara yang baik-baik sahaja bukan sebaliknya, seperti cerita benda yang tidak elok atau membuka aib sesiapa.”

“Ramai yang tidak tahu saya di belakang tadbir macam mana orangnya. Mungkin ada yang bertanya saya ini dulu seorang yang bagaimana hidupnya, zaman belajar saya, kehidupan saya dengan keluarga dan sebagainya.

“Jadi dalam buku ini menceritakan sisi lain yang tak pernah saya kongsikan kepada umum, sisi yang saya ingin tunjuk kepada orang luar,” kongsinya. 

Turut bersama pada majlis pelancaran ialah Reina Lum selaku editor dari sudut pandangan undang-undang bersama penulis utama buku yang juga pengurus serta kawan rapat Puteri Sarah, Emi Anvepa.

Sementara itu, turut kelihatan ibu dan keluarga mertua Puteri Sarah iaitu Datuk Yusof Haslam serta Datin Patimah pada majlis berkenaan.

Buku terbitan Terbit Sendiri Empire dan Projek Nomad Sdn Bhd ini sudah dibuka untuk pre-order di laman web puterisarahliyana.com dengan harga promosi RM39.90 bagi 500 naskhah pertama sebelum 31 Mei 2023. Harga asal adalah RM49.90.  – Getaran, 31 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Benz Ali, Gerakbudaya Tunggu Perkembangan Kes Rampasan Buku

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Permohonan E-baucar Buku Fasa 1 Ditutup, 50,000 Baucar Sudah Ditebus

3

Selebriti 4 bulan yang lalu

Puteri Sarah Tunai Umrah Lagi, Kali Ini Bersama Ibu Bapa 

4

Gaya 1 tahun yang lalu

Buku ‘Terokai Kejayaan Anak Tempatan’ Sempena Merdeka

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara