web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Benz Ali, Gerakbudaya Tunggu Perkembangan Kes Rampasan Buku

Semasa Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2024 4:00PM

Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

DUA pemilik kedai buku yang diserbu pihak berkuasa tahun lalu masih tidak tahu status kes mereka.

Bercakap kepada The Malaysian Insight, Amir Hamzah Akal Ali atau lebih dikenali sebagai Benz Ali, dan Chong Ton Sin atau Pak Chong berkata, mereka tidak menerima maklumat terkini daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkenaan status buku-buku mereka yang telah dirampas.

KDN menyerbu kedai buku Benz Ali pada Ogos 2023 dan merampas dua buku – terjemahan Bahasa Melayu buku “Karl Marx: The Revolutionary as Educator” oleh Robin Smalls dan buku Benz Ali sendiri berjudul “Koleksi Puisi Masturbasi”. 

Kedua-dua buku tersebut bagaimanapun tidak termasuk dalam senarai buku yang diharamkan kerajaan.

Kedai buku Gerakbudaya milik Pak Chong pula diserbu pada November lalu, dan lapan buku berbahasa Cina telah dirampas kerana dikatakan mengandungi "elemen komunis".

“Saya tidak diberitahu tentang perkembangan terkini sejak buku saya dirampas,” kata Benz Ali ketika dihubungi.

Pak Chong pula berkata beliau akan menghubungi KDN tidak lama lagi.

Katanya, beliau boleh saja menghubungi KDN lebih awal tetapi tidak sempat kerana jadualnya yang padat.

“Saya akan hubungi mereka. Saya sangat sibuk beberapa bulan kebelakangan ini.

“Saya tidak tahu tentang status siasatan selepas buku-buku saya dirampas,” katanya.

Pak Chong sebelum ini berkata reformasi institusi sukar untuk dilaksanakan jika kerajaan masih mengamalkan birokrasi.

Menurut beliau, keadaan boleh diperbaiki jika KDN membubarkan jabatan yang ditugaskan untuk memantau penerbit.

“Mansuhkan saja jabatan itu, kemudian barulah kita boleh lihat reformasi yang sebenar,” kata bekas tahanan ISA itu.

November lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dilapor mempertahankan tindakan penguatkuasa KDN merampas lapan buku daripada Gerakbudaya, kerana mendakwa ia mempunyai unsur komunisme.

Beliau berkata tindakan itu hanyalah proses biasa selepas menerima aduan daripada orang awam.

Ketika ditanya media mengapa kementerian masih terus merampas buku, Saifuddin berkata konotasi digunakan terhadap tindakan kerajaan itu kelihatan agresif dan tidak selari dengan niat sebenar.

“Termanya adalah ‘ambil’ kerana Gerakbudaya juga menyebut pegawai penguatkuasa ambil dengan sopan ketika rampasan itu dibuat. Saya fikir saya patut pilih perkataan lebih lembut. Perkataan seperti ‘rampas’ dianggap agresif dan kasar.”

Kumpulan Lawyers for Liberty (LFL) mengecam tindakan KDN dan mengingatkan bahawa tugas kerajaan adalah untuk melindungi masyarakat daripada bahaya sebenar atau ancaman bahaya, bukan pemikiran dan idea, yang dilindungi oleh Perlembagaan.

Katanya, Putrajaya tidak berhak merampas mana-mana penerbitan yang dianggap tidak sesuai tanpa melalui proses yang dinyatakan dalam seksyen 7(1) PPPA.

Seksyen 7(1) menyatakan bahawa mana-mana perintah oleh menteri untuk mengharamkan penerbitan mesti diwartawakan sebelum ia dikuatkuasakan undang-undang. – The Malaysian Insight, 4 Jun 2024.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Permohonan E-baucar Buku Fasa 1 Ditutup, 50,000 Baucar Sudah Ditebus

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Tempoh Proses Permohonan Bawa Masuk Pekerja Asing Kini Hanya 15 Bulan 23 Hari

3

Semasa 6 bulan yang lalu

KDN Akan Segerakan Pindaan Perlembagaan Persekutuan Berkaitan Kewarganegaraan

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Larangan Naikkan Sepanduk, Laung Takbir Bukan Pendirian Kerajaan - Menteri

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Proses Tebang 90 Pokok Berisiko Sekitar KL Dijangka Selesai Awal Julai

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Politik 1 hari yang lalu

‘Jangan Hipokrit, Bukankah Pemimpin PN Sendiri Luluskan BlackRock?’ - PM

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Semasa 1 hari yang lalu

Rangka Ditemui Di Kebun Durian Sah Milik Remaja Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan