web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


KDN Akan Segerakan Pindaan Perlembagaan Persekutuan Berkaitan Kewarganegaraan

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 27 Nov 2023 8:10AM

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyegerakan urusan bagi membuat satu pindaan pada Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan dengan soal kewarganegaraan, kata Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata, ia adalah keutamaan KDN, dan pada masa ini proses itu sudah melepasi sesi perbincangan di peringkat Jemaah Menteri serta telah dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja.

“Sekarang dalam fine tuning ayat dan juga bahasa yang akan digunakan dalam penggubalan rang undang-undang (itu),” katanya ketika sesi penggulungan pada Kongres Nasional Tahunan PKR 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, semalam.

Sebelum ini KDN dilaporkan akan membuat keputusan muktamad sama ada pindaan peruntukan berkaitan kewarganegaraan itu akan dibuat kepada Perlembagaan Persekutuan, atau ia hanya akan melibatkan akta serta peraturan sedia ada.

Menyentuh mengenai sistem parol, perintah kehadiran wajib dan pembebasan berlesen kepada penghuni penjara, beliau yang juga Setiausaha Agung PKR berkata, selain dapat mengurangkan kesesakan di penjara, program itu membuahkan hasil positif apabila hanya seorang daripada 800 banduan yang mengikutinya kembali ke penjara.

“Secara teknikalnya mereka adalah penghuni penjara, tetapi berada di luar (penjara) secara fizikal. (Menerusi kaedah ini), kita cari hampir 200 syarikat seperti Panasonic, SWCorp (Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam) untuk mereka bekerja. Kita akan luncurkan lebih banyak program seperti ini sebagai contoh ihsan kita terhadap penghuni penjara,” katanya. 

Dalam perkembangan lain, Saifuddin Nasution berkata, satu lagi premis penempatan anak-anak pendatang tanpa izin akan dibuka di Papar, Sabah bulan depan sebagai prinsip ihsan kerajaan MADANI terhadap kanak-kanak yang ditinggalkan ibu bapa ketika operasi Jabatan Imigresen.

Pada 1 November lalu, beliau dilaporkan berkata, sebahagian daripada kira-kira 1,000 tahanan kanak-kanak warga asing yang sebelum ini ditempatkan di 19 depoh imigresen di seluruh negara sudah dipindahkan ke pusat penempatan sementara dinamakan Baitul Mahabbah di Nilai, Negeri Sembilan.

Katanya, pemindahan kanak-kanak daripada depoh imigresen itu adalah atas dasar kemanusiaan, selaras komitmen kerajaan dalam melindungi hak kanak-kanak tanpa mengira status seperti dinyatakan dalam Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611) dan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC). - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Semakin Ramai Tiada Dokumen Pengenalan Diri Di Sarawak - SCRIPS

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Benz Ali, Gerakbudaya Tunggu Perkembangan Kes Rampasan Buku

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Cadangan Pindaan Perlembagaan Berkaitan Kewarganegaraan Dipersetujui Kabinet

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Tempoh Proses Permohonan Bawa Masuk Pekerja Asing Kini Hanya 15 Bulan 23 Hari

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki