web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Larangan Naikkan Sepanduk, Laung Takbir Bukan Pendirian Kerajaan - Menteri

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 24 Oct 2023 2:05PM

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. gambar BERNAMA  

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Larangan menaikkan sepanduk mengecam pemimpin Israel dan melaungkan takbir pada perhimpunan aman Ahad lalu, bukan pendirian kerajaan mahupun umat Islam di negara ini yang cintakan perdamaian.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara berkaitan larangan itu adalah atas budi bicara penganjur yang bertanggungjawab memastikan tiada perbuatan cenderung kepada permusuhan berlaku. 

“Di Parlimen saya tegaskan, bila saya berdiri pendirian kerajaan saya sampaikan dengan tanggungjawab, pengiktirafan kita kepada mereka (Palestin)…tetapi soalnya apakah boleh dikecam Benjamin Netanyahu, pendirian kita jelas, hakikat bahawa kita mengiktiraf perjuangan rakyat Palestin, dengan sendirinya kita menidakkan sokongan (kepada Israel).

“Tetapi kalau di himpunan dengan 300, 400 orang, dianjurkan satu pertubuhan kemudian kalau dikenakan apa-apa sekatan, yang boleh dan tidak boleh, kena lihat fakta kejadian pada waktu itu dan ia tak mencerminkan pendirian sepenuhnya kerajaan hari ini,” katanya pada waktu pertanyaan-pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) yang ingin tahu sama ada terdapat undang-undang baharu untuk menurunkan sepanduk yang mengecam pemimpin Israel itu. 

Saifuddin berkata, Akta Perhimpunan Aman 2012 mensyaratkan penganjur bertanggungjawab memastikan pihaknya dan orang lain berada dalam perhimpunan itu tidak melakukan perbuatan dan tidak mengeluarkan pernyataan yang berkecenderungan untuk mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan dalam kalangan orang awam.

Selain itu, Saifuddin berkata, pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan serta Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud baru-baru ini, turut menunjukkan usaha Malaysia dalam bersama-sama menyelamatkan rakyat Palestin. 

“Isu pokoknya solidariti kepada rakyat Palestin diiktiraf oleh negara yang bersimpati sebagai negara berdaulat tetapi tidak ada tanah air baik di Gaza atau tebing barat yang buminya itu adalah bumi dijajah. 

“Sekarang nyawa dua juta rakyatnya terancam, tentera Israel sudah ada di sempadan dan isu pokoknya bagaimana mengeluarkan rakyatnya daripada tanah Gaza yang tengah terkepung dan ini yang dilakukan perdana menteri bertemu Erdogan, Raja Salman dan menjadi koordinator bagi pihak ASEAN,” katanya. 

Menjawab soalan asal Wan Ahmad Fayhsal sama ada kerajaan mengeluarkan garis panduan perkara tidak boleh diucapkan dalam sesuatu demonstrasi aman, Saifuddin berkata akta sedia ada seperti Kanun Keseksaan, Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia sudah memadai dalam menguruskan sesuatu perjalanan perhimpunan awam. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

3 Rakyat Malaysia Ditahan Di Filipina Akan Diterbangkan Ke Manila - Saifuddin

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Pintu Pagar Balai Polis Tutup Lepas 10 Malam Susulan Insiden Ulu Tiram – Saifuddin

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Gangguan Seksual Oleh Petugas Kempen: Saifuddin Jamin Siasatan Telus

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Aktiviti Kumpulan Pengganas: Suri Rumah, Penggangur Antara 8 Suspek Ditahan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah