web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Iman Troye Nak Bagi RM300 Buat Pelajar SPM 2022 Yang Berjaya Mencapai Peningkatan Dalam Apa Saja Mata Pelajaran

Iman Troye yang juga merupakan duta PTTI ingin memberikan wang tunai sebanyak RM300 di atas usaha para pelajar yang bertungkus lumus meningkatkan prestasi dalam SPM 2022.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2023 10:30AM

Iman Troye - Gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi popular, Iman Troye ingin menghadiahkan wang tunai RM300 kepada pelajar yang mencapai peningkatan dalam apa saja mata pelajaran bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 yang diumumkan pada 8 Jun 2023.

Iman yang juga duta pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar SPM, PTTI berkata, kriteria pemilihan berdasarkan pencapain dari keputusan yang sebelumnya G dan naik ke A.

"Tahniah kepada semua calon SPM 2022. Kepada yang berjaya mendapatkan keputusan cemerlang untuk mana-mana subjek yang sebelumnya G naik ke A, saya nak bagi RM300.

"Hadiah ini bukan saja sebagai tanda penghargaan atas kerja keras mereka pada SPM 2022, tapi juga mahu memberikan motivasi supaya mereka terus berusaha di masa akan datang.

"Tawaran RM300 ini terbuka kepada semua termasuk pelajar yang mendapatkan khidmat PTTI," katanya.

Menurut Iman atau nama sebenarnya Iman Alyssa Sahabudin, 20, kejayaan yang dicapai itu diharap dapat memberikan inspirasi kepada pelajar yang bakal menduduki SPM tahun ini.

"Bagi yang belajar dengan PTTI atau di mana-mana sekolah sekali pun, jadikan kecemerlangan pelajar SPM 2022 ini sebagai pembakar semangat dan dorongan untuk berjaya.

"Kena ingat, usaha tidak mengkhianati hasil. Apa yang penting, jadikan setiap apa yang dipelajari itu bekalan untuk mendidik diri menjadi insan yang lebih baik," katanya.

Iman berkata, pelajar yang menepati kriteria ditetapkan boleh menghantar mesej (DM) di Instagram PTTI. – Getaran, 9 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 1 tahun yang lalu

Selebriti Muda Teruja Kali Pertama Mengundi Di #PRU15

2

Teknovasi 2 tahun yang lalu

Vivo Y35: Prestasi Sederhana Baik Dan Masih Berbaloi Untuk Dimiliki

3

Muzik 2 tahun yang lalu

Siri Jelajah Suria FM Kembali Dengan Menampilkan 33 Artis Popular Selepas 2 Tahun Pandemik 

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Gaya Di Getaran Ep. 41: Ada Apa Dalam Beg Tangan Iman Troye

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara