web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Doktor Sahkan Alif Satar Tiada Kecederaan Serius 

Alif dilaporkan mengalami kemalangan apabila motosikalnya dipercayai dilanggar kenderaan lain

Selebriti Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 30 Dec 2023 12:22PM

Hantaran di Instagram yang dikongsi Alif Satar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi dan pelakon , Alif Satar pada awal pagi ini berkongsi bahawa dia tidak mengalami sebarang kecederaan serius selepas terlibat dengan satu kemalangan pada Jumaat. Jelas Alif, perkara itu disahkan oleh doktor selepas dia melakukan pemeriksaan lanjut di sebuah hospital swasta.

“Alhamdulillah. Allah uji sikit saja. Terima kasih semua yang mendoakan kesejahteraan, semoga Allah makbulkan dan permudahkan urusan kalian juga. Dah check-up dengan Doctor di KPJ Tawakal semalam, and all is clear.

“Takda yang patah, masa jatuh kepala sakit dan pening. Takut juga ada yang serius tapi doktor bagitau takda gejala gegaran otak. Syukur, cuma badan sakit-sakit,” kongsi Alif menerusi satu hantaran di akaun Instagramnya. 

Dalam masa yang sama, ‘Geng Subuh Macam Jumaat’ ini sempat menyatakan jika diizinkan Allah dan mendapat rehat yang cukup, dia tetap akan solat Subuh bersama-sama jemaah lain di Masjid Saidina Umar, Bukit Damansara pada 1 Januari nanti. 

“Insya Allah dengan cukup rehat, masih boleh jemaah Subuh bersama pada 1/1/2024 di Masjid Saidina Umar Bukit Damansara,” kongsi Alif.

Pada Jumaat, Alif dilaporkan mengalami kemalangan apabila motosikalnya dipercayai dilanggar kenderaan lain. Perkara itu dikongsi oleh penerbit dan ahli perniagaan, Datuk Saniboey Mohd Ismail menerusi kemas kini di akaun media sosialnya. - Getaran, 30 Disember 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

2

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Jalan Kampung Tak Payahlah Laju-Laju Bang!

3

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Siapa Yang Bersalah?

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Lelaki Maut Ditimpa Jengkaut Terbalik

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara