web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rakyat Malaysia Sentiasa Di Hati, SBW Berbesar Hati Dapat Hadiri Acara Ragbi

Kunjungan Sonny Bill Williams ke Malaysia bagi memenuhi undangan sebagai tetamu dalam acara anjuran Faith Events pada 16 dan 17 Februari lalu

Selebriti Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 21 Feb 2024 9:44AM

gambar FB MSN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Walaupun kehadirannya di negara ini begitu singkat, ternyata keindahan Malaysia dan keramahan dipamerkan penduduk setempat begitu membekas di hati bintang ragbi ternama dunia, Sonny Bill Williams.

Hadir bagi memenuhi undangan acara Faith Events pada 16 dan 17 Februari lalu, Williams turut menghadiri 'Klinik Ragbi Bersama Raja Offload' di Bukit Jalil, kelmarin.

gambar FB Faith Events
gambar FB Faith Events

Menerusi ciapan, Williams memberitahu, rakyat Malaysia sentiasa beroleh tempat yang istimewa di hatinya.

“Saya amat berbesar hati, saudaraku. Rakyat Malaysia sentiasa di hati saya (It’s my pleasure brother. Malaysian people will always have a place in the heart for me ),” katanya.

Beliau terdahulu membalas ciapan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim yang mengucapkan terima kasih atas kesudian bekas bintang All Blacks itu menghadiri program anjuran kementerian.

Adam Adli menerusi ciapan terbabit mengucapkan terima kasih kerana Williams tetap sudi meluangkan masa bagi menghadiri acara berkenaan yang disusun khas untuk peserta Program Pembangunan Ragbi Negara (NRDP).

 gambar FB NRDP Malaysia
gambar FB NRDP Malaysia

“Appreciate you taking time out of your busy schedule and sharing some pearls of wisdom with us, brother @SonnyBWilliams. (Kami menghargai kesudian anda berkongsi kepakaran dan nasihat, saudara Sonny Bill Williams walaupun memiliki jadual yang amat sibuk).

“You’ve really boosted the morale of our young, up-and-coming athletes under @nrdpmalaysia (anda benar-benar telah menaikkan semangat atlet muda di bawah NRDP. Jumpa awak tidak lama lagi, Insya Allah),” katanya. 

Williams yang berdarah campuran Samoa - New Zealand - Australia memeluk Islam ketika bermain untuk Toulon di Perancis pada 2009.

Beliau adalah satu-satunya pemain beragama Islam dalam pasukan legenda itu. - Getaran, 21 Februari 2024

Berita Berkaitan

1

Sukan 7 bulan yang lalu

Bekas Bintang All Blacks Minat Kerjasama Dengan Ragbi Malaysia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara