web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bekas Bintang All Blacks Minat Kerjasama Dengan Ragbi Malaysia

Sukan Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 20 Feb 2024 8:24AM

Sonny Bill Williams ketika berkongsi taktik bermain ragbi dengan peserta Klinik Ragbi Bersama Raja Offload. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas bintang ragbi All Blacks, Sonny Bill Williams telah menyatakan minat untuk menjalin kerjasama dengan Ragbi Malaysia (MR) pada masa hadapan.

Walaupun tidak menjelaskan peranan yang dimaksudkan dengan MR, Williams yakin ada banyak bakat menunggu untuk dicungkil apabila beliau berkongsi kepakarannya dengan 60 pemain muda dari Program Pembangunan Ragbi Negara (NRDP) semasa 'Klinik Ragbi Bersama Raja Offload' di sini, semalam.

“Ya, sudah pasti (kerjasama dengan MR). Saya ingin kembali dan menjadi sebahagian daripada ragbi Malaysia," katanya kepada pemberita selepas sesi hampir sejam di Stadium Mini Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, semalam.

Walaupun ragbi bukan sukan utama di Malaysia, pemain berusia 38 tahun itu kagum melihat semangat yang kuat dalam kalangan peserta NRDP. 

Williams, pemenang Piala Dunia dua kali bersama New Zealand pada tahun 2011 dan 2015, tiba di di sini Jumaat lepas untuk berucap dalam sebuah acara pendidikan Islam pada hujung minggu lepas. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Selebriti 7 bulan yang lalu

Rakyat Malaysia Sentiasa Di Hati, SBW Berbesar Hati Dapat Hadiri Acara Ragbi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 2 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula