"Hentikan kenduri selak kain, Sarah Dan Aliff sila berambus dari Malaysia", kenyataan daripada pengarah dan pelakon Erma Fatima ini nampaknya mengundang kemarahan warga Singapura sehingga ramai yang menghampurkan kata-kata kurang enak kepada pengarah berusia 56 tahun ini.
Ruangan komen pada hantaran terbaharunya di akaun Instagram, terdapat lambakan komen yang menempelak dan menuduh Erma ini dan itu, padahal Erma hanya menulis kapsyen ringkas pada foto yang memperihatkan dia bersama pelakon popular asal Singapura, Adi Putra itu,
“Insyaallah...jumpa lagi lepas ini, selepas LELAKI ITU. Nantikan.”
“Hati-hati Adi Putra. Nanti kena halau, kalau artis Malaysia miang,” komen Shahiramoyy.
“Orang Singapore susah nak cari makan kat negeri sendiri katanya .. kena menagih kat negeri orang … kesian. Celebfest berlambak artist mana? Artist Jepun agaknya pasang stall eh? JB immigration sesak tiap pagi ..orang mana masuk Singapore kerja? Orang Afrika?” tempelak Juliernani.
“Ni semua business la geng. Dia backup artis-artis yang kerja bawah dia saja, yang bagi dia rating tinggi and duit je. Dia mana peduli pasal Bella sebab Bella bukan artis under dia.
“Ruhainies dengan Sophia menyondol pun dia peduli apa. Dia lagi nak highlight Sarah menyondol sebab Sarah tak bagi dia keuntungan.”
“Lepas tu dia bagi statement sentuh isu kenegaraan dengan harapan orang Malaysia bekap dia tapi backfired. Semua ni business and self-interest. Dia bukan peduli Bella teraniaya atau bukti-bukti yang Sarah tunjuk tu berpihak pada Bella, tak tak,” tulis seorang lagi warganet.
Selain tiga komen di atas, ada banyak lagi komen panas, termasuklah yang melampaui batas.
Dengan perkembangan situasi terbaharu ini, Erma tampil dengan satu permohonan maaf kepada warga Singapura. Namun, dia tetap dengan pendirian bahawa perbuatan Sarah Yasmine itu adalah salah.
"Saya minta maaf kalau ia mengguris hati orang Singapura, tapi saya tetap dengan pendirian perbuatan perempuan itu (Sarah Yasmine) menjatuhkan maruah orang seni dan maruah perempuan," katanya.
Permohonan maaf daripada Erma itu dikongsi dan dibacakan oleh pengacara Roslan Shah menerusi satu video siaran langsung di Instagram miliknya pada Rabu.
"Salam Lan, Erma minta maaf sebab peguam saya tak benarkan buat apa-apa kenyataan tentang isu ini. Yang pasti saya tidak bermusuh dengan warga Singapura, saya tidak suka dengan cara perempuan itu mengaibkan orang yang tiada kena mengena dalam kes Aliff.
"Tiada sebab saya nak bermusuh dengan orang Singapura, saya bawa masuk Aaron Aziz dan Adi Putra ke industri ini dan mereka diterima sebab kelakuan mereka baik," luah Erma. - Getaran, 2 Mei 2024