web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Ada Yang Beritahu Asyik Nampak Kedai Nasi Ayam Saya Tutup' - Shiha Zikir

Menurut Shiha ada beberapa orang temannya memberitahu melihat kedai Nasi Ayamnya yang terletak di Kampung Baru selalu tutup sedangkan sebenarnya ia beroperasi

Selebriti Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2024 2:56PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi dan usahawan, Shiha Zikir memberitahu mendapat rungutan daripada beberapa kenalannya yang mengatakan kedai Nasi Ayam miliknya yang terletak di Kampung Baru sering tutup biarpun sedang beroperasi.

Menurut Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir, 37, bukan sekali dua dia menerima rungutan tersebut malah banyak kali.

Pengalaman sama turut dialami oleh salah seorang wartawan rancangan hiburan Melodi yang beberapa kali melihat kedai tersebut tidak beroperasi.

"Saya selalu dapat panggilan daripada kenalan, mereka selalu tanya buka kedai hari apa? Saya beritahu setiap hari kita buka daripada jam 11 pagi hingga 10 malam.

"Tapi kata salah seorang kenalan dia datang tiga hari berturut-turut namun kedai tutup. Apa yang membuatkan saya 'speechless', dia cakap dia berhenti di depan kedai dan nampak kedai memang tutup.

"Saya sendiri tanya pada pekerja-pekerja saya betul ke kedai tutup. Tetapi mereka beritahu kedai beroperasi. Kejadian ini bukan berlaki pada seorang individu sahaja, tetapi beberapa orang," katanya ketika ditemui di majlis pembukaan cawangan kedua Shiha Zikir Nasi Ayam di Seksyen 7, Shah Alam.

Kongsi Shiha lagi, dia juga sering mengalami mimpi buruk, antaranya ular hitam datang melilit tubuh.

"Saya adalah seorang yang 'easy going'. Saya fikir mungkin perkara ini akan berlalu.

"Tetapi saya ada rujuk dengan ustaz doa-doa untuk elak terkena perbuatan jahat.

"Sejujurnya saya sangat sedih dengan kejadian ini. Tak sangka rakan media juga turut terkena," ujarnya.

Biarpun terpalit dengan dugaan sedemikian, namun perkara tersebut tidak menghalang Shiha daripada membuka cawangan kedua kedai Nasi Ayamnya di Shah Alam.

Kata Shiha dia memang ingin mengembangkan empayar perniagaannya termasuklah di negeri-negeri lain di Malaysia.

"Alhamdulillah biarpun perniagaan saya tidaklah selaju perniagaan orang lain, tetapi orang kata 'slowly but surely'.

"Saya suka untuk buka kedai makan di tempat yang menjadi tumpuan ramai seperti di Seksyen 7 Shah Alam ini.

"Di sini tempat tumpuan orang membeli belah juga lokasi yang ramai dengan pelajar universiti. Ramai juga pelajar-pelajar di sini yang bertanya bila nak buka cawangan di Shah Alam. Inshallah tidak lama lagi kita akan buat harga terbaik untuk pelajar," ujarnya.

Melihatkan kedai makannya yang terletak di lokasi strategik dan diubahsuai dengan rekaan hiasan dalaman yang menarik, kata Shiha di mengeluarkan modal sebanyak RM500,000 untuk membuka cawangan terbaru ini.

"Saya ada beberapa rakan kongsi yang sudi bersama-sama dengan saya menjalankan perniagaan ini. Mereka adalah orang-orang yang hebat dalam bidang makanan. Mereka banyak membantu saya selok belok dalam bidang perniagaan," kongsinya. - Getaran, 14 Jun 2024

Foto : PR

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Shiha Zikir, Khai Bahar & Dolla Paling MeleTOP!

2

Muzik 2 tahun yang lalu

Ini Sebab Kenapa Noraniza Idris Pilih Shiha, Zizi Kirana 

3

Muzik 3 tahun yang lalu

Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia