web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ini Sebab Kenapa Noraniza Idris Pilih Shiha, Zizi Kirana 

Penyanyi terkenal, Noraniza Idris mempunyai alasan tersendiri memilih Shiha dan Zizi Kirana bagi menggantikan tempatnya di Separuh Akhir Muzik Muzik 36.

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Dec 2021 6:58PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ramai sudah tahu penyanyi terkenal, Noraniza Idris tidak akan beraksi di pentas Separuh Akhir Muzik Muzik 36 bersama Bunga bagi menyampaikan lagu Intan Payung kerana bakal mengerjakan ibadah umrah.

Dan, sudah semestinya ramai peminat kecewa dengan perkhabaran itu kerana mereka ternanti-nanti dan merindui persembahan Ratu Irama Malaysia ini di pentas besar seperti ini.

Bunga dan Noraniza mempertaruhkan Bunga di Separuh Akhir Muzik Muzik 36
Bunga dan Noraniza mempertaruhkan Bunga di Separuh Akhir Muzik Muzik 36

Namun, kata Noraniza atau lebih mesra disapa Kak Ani, peluang untuk mengerjakan ibadah di Tanah Suci lebih penting kerana tidak tahu bila lagi akan dijemput ke sana.

“Saya percaya pada rezeki. Kita telah susun cantik untuk bantu Bunga tetapi sampai masa tiba-tiba Allah beri laluan untuk menunaikan ibadah umrah. Saya pun sudah lama berada dalam industri, ini peluang yang lama saya cari. Tetapi tak apalah saya berkorban.

"Saya rasa Allah dah susun rezeki saya untuk pergi umrah kali ini. Kalau tolak, tak tahu bila lagi Allah akan izinkan saya pergi,” katanya ketika ditemui di Festival Perkampungan Budaya Melayu di Aeon Shah Alam.

Ditanya adakah dia sudah tidak mahu menyertai sebarang pertandingan, kata pelantun lagu 'Awalah Dondang' ini dia kini di peringkat usia yang tidak memerlukannya untuk melakukan hal itu lagi. 

“Gegar Vaganza dulu pun saya terpaksa masuk kerana dipujuk. Ketika itu saya rasa daripada tak buat apa-apa lebih baik saya masuk. Saya bersyukur di saat ramai yang mengeluh, saya diberikan rezeki untuk menyertai Gegar Vaganza.

"Gegar Vaganza adalah platform untuk saya bereksperimen membuat persembahan seorang diri. Tetapi jujur, saya rasa serba salah dan janggal.

Zizi dan Shiha
Zizi dan Shiha

Noraniza ada mencadangkan dua nama kepada pihak Warner Music untuk menggantikan dirinya berduet dengan Bunga pada hari pertandingan nanti iaitu Shiha Zikir dan Zizi Kirana.

Ditanya mengapa dua penyanyi itu menjadi pilihannya, Noraniza berkata mereka punya aura yang kuat untuk mendendangkan lagu irama Malaysia selain memiliki kehebatan vokal tersendiri. 

“Saya yakin dengan kekuatan vokal mereka berdua. Zizi Kirana adalah pelapis yang tepat cuma jangan berhenti. Kalau dia berhenti, sayang legasi yang dia telah cipta. Dia ada identiti tersendiri dan saya nampak dia 'sesuatu'," katanya.  

Perkembangan lain, Noraniza dalam proses menyiapkan lagu baru yang dicipta Lucka Sickta. Namun, dia masih mencari teman duet yang sesuai untuk lagu baru itu nanti.

“Kalau boleh Kak Ani mahu penyanyi perempuan yang boleh menari,” katanya. - Getaran , 15 Disember 2021

Foto : Helmi Anuar

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 bulan yang lalu

‘Ada Yang Beritahu Asyik Nampak Kedai Nasi Ayam Saya Tutup' - Shiha Zikir

2

Selebriti 5 bulan yang lalu

Puteri Sarah Tunai Umrah Lagi, Kali Ini Bersama Ibu Bapa 

3

Video & Galeri 6 bulan yang lalu

Susuk Tubuh Yang Tinggi Curi Tumpuan Jemaah Umrah

4

Video & Galeri 6 bulan yang lalu

Jutaan Umat Islam Menunaikan Umrah Sempena Ramadan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia