web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

Pengarang Gaya Hidup & Hiburan Getaran, berkongsi ulasannya tentang lagu-lagu pop terbaharu yang dikeluarkan oleh penyanyi Malaysia dan negara-negara jiran terdekat setiap minggu. Mari kita singkap lima lagu pilihannya minggu ini.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Sep 2021 9:06AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

'Irama' – Shiha Zikir

Tidak pernah berputus asa, Shiha Zikir tampil dengan sebuah lagi lagu yang rancak dan membuat anda ingin menari. Diberi judul 'Irama', lagu ini merupakan ciptaan penuh Iqie Hugh, Firdaus Rahmat dan juga John Jeeves.

Susunan muziknya memang moden dan sesuai untuk mereka yang sukakan lagu berirama catchy berbanding balada-balada biasa. Suara Shiha yang merdu juga nampaknya ‘kena’ dengan melodi yang dipertaruhkan.

Walau bagaimanapun, ada beberapa bahagian lagu ini yang mengingatkan saya kepada lagu-lagu dangdut moden berkat rentaknya yang disulamkan bunyian bass serta unsur-unsur elektronik moden.

Mungkin genre sedemikian memang sinonim dengan Shiha dan semoga lagu ini menemui peminatnya tersendiri.

 

'Esok' – Amir Masdi

Secara peribadi saya memang peminat suara Amir Masdi. Dia mempunyai nada vokal yang agak berbeza dan kukuh dengan identiti sendiri. Ini membuatkan karya-karyanya senang diingati jika kita mendengar lagu-lagu dendangannya.

Kali ini, lagu terbaharunya berjudul 'Esok' masih mempunyai identiti tersebut. Ciptaan penuh Amir Masdi bersama Shazee Ishak dan juga bekas pemenang AJL, Audi Mok, lagu ini kadang mengingatkan kepada karya-karya yang pernah dinyanyikan Faizal Tahir dan Black.

Sungguhpun begitu, saya secara peribadi berasa korus lagu ini agak sukar diingati berbanding karya Amir sebelum ini. Walaupun begitu, saya yakin suara Amir adalah penyelamat utama single ini dan para peminat setianya akan tetap menggemari lagu ini.

 

'Love of God' – InTeam, Mounir El Moumni dan Hamza Robertson

Semasa melihat tajuk lagu ini, saya menyangka bahawa ia merupakan sebuah lagu Bahasa Inggeris, ternyata saya salah kerana ia sebenarnya sebuah lagu dengan gabungan empat bahasa.

Dibuka dengan nyanyian dalam Bahasa Perancis oleh Mounir El Moumni dari Perancis sendiri, ia bertambah menarik kala disambung dalam Bahasa Inggeris oleh Hamza Robertson yang berasal dari UK.

Semestinya lagu ini dilengkapkan dengan lirik Bahasa Malaysia oleh kumpulan InTeam selain zikir kalimah syahadah dalam Bahasa Arab.

Ciptaan komposer Benammi dari Perancis dengan lirik oleh InTeam serta Hamza Robertson sendiri karya nasyid pop ini memang sedap didengar sambil memenuhi santapan rohani. Syabas InTeam dan rakan-rakan!

'Fatalis' – Qis Maraj featuring 2Kangkata

Sekali dengar lagu ini, saya teringat kepada Mawar Berduri bekas ahli kumpulan Ahli Fiqir yang terkenal dengan gaya dendangan rapnya tersendiri.

Ini mungkin kerana cara yang disampaikan oleh Qis ada sedikit persamaan dengan rapper wanita terkenal itu. Saya tidak tahu jika itu adalah kerana mereka berdua berasal dari Singapura namun kemiripannya sukar untuk dielakkan.

Karya yang merupakan ciptaan penuh Qis Maraj dan 2Kangkata ini mempunyai setiap rencah serta rempah yang diperlukan untuk sebuah lagu rap Bahasa Melayu.

Ia ada potensi untuk mendapat sambutan jika diberi putaran dan promosi yang lebih besar.  Lebih-lebih lagi dengan kehadiran 2Kangkata yang menyemarakkan lagi penyampaian lagu ini.

Namun pada masa yang sama juga, ia masih ada banyak ruang yang boleh diperbaiki dari segi ciptaan melodi yang saya rasa akan dibandingkan dengan karya Malaysia seperti K-Clique, Tuju, Loca-B dan yang seangkatan dengannya.

Semoga Qis akan terus memberikan yang lebih baik di masa hadapan.  

 

'Lupa' – Whosyah & Swanz

Semakin lama semakin meriah industri muzik Brunei Darussalam. Terkini dua orang pemuda dari negara tersebut bergelar WhoSyah dan Swanz tampil dengan sebuah karya hip hop yang berkualiti.

Diberi judul 'Lupa',  ia menggabungkan unsur bunyian gitar serta sentuhan rentak trap yang sejak kebelakangan ini sering digunakan oleh ramai pejuang hip hop.

Dicipta sepenuhnya oleh Whosyah bersama Swanz sendiri, lagu ini ada harapan besar jika diperdengarkan kepada peminat muzik Melayu serantau.

Syabas Whosyah dan Swanz, kami menanti karya-karya anda yang akan datang. - Getaran, 1 September 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Brunei Cipta Sejarah Raih Emas SUKMA Selepas 10 Tahun

3

Jelajah 1 bulan yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

4

Selebriti 3 bulan yang lalu

‘Ada Yang Beritahu Asyik Nampak Kedai Nasi Ayam Saya Tutup' - Shiha Zikir

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia