web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Sahkan Terima Laporan Artis Lelaki Belasah Teman Wanita

Selebriti Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jul 2024 9:57PM

Shahrulnizam Ja'afar - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis mengesankan menerima laporan mengenai seorang wanita warga tempatan yang mendakwa dipukul teman lelakinya yang juga seorang artis pada 6.53 petang, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata, dalam kejadian pada 3.38 pagi hari sama laporan dibuat, mangsa bukan sahaja dimarahi artis berusia 37 tahun itu malah turut ditumbuk di bahagian mata kiri serta dipukul pada bahagian badan.

"Siasatan awal mendapati mangsa berusia 25 tahun kelar bersama kakaknya sebelum dihubungi dan dimarahi suspek akibat perselisihan faham.

"Kedua-duanya bertemu di Ara Damansara dan wanita itu dipukul di dalam kereta milik suspek. Mereka telah menjalin hubungan selama enam bulan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Shahrulnizam berkata polis akan meminta perintah untuk siasat (OTI) daripada Pejabat Pendakwa Raya bagi memanggil suspek memberi keterangan dan membantu siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

"Mereka yang mempunyai sebarang maklumat berkendan kes ini boleh menghubungi bilik gerakan lbu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-7966 2222," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia