web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tiga Bahan Tambahan Mudah Dan Seimbang Yang Anda Boleh Cuba Dalam Masakan Mi Segera

Hari ini penulis ingin berkongsi tiga bahan tambahan mudah yang anda boleh cuba masukkan ke dalam masakan mi segera terutamanya versi sup bagi menghasilkan hidangan seimbang

Selera Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2023 6:31PM

Sayur-sayuran boleh ditambah dalam masakan mi segera kerana selain menambah selera, ia juga boleh menghasilkan makanan seimbang. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Rata-rata masyarakat Malaysia pasti menyukai makanan yang mudah dimasak dan cepat dimakan seperti mi segera. 

Ia merupakan hidangan paling mudah disediakan pada bila-bila masa dan antara jenama mi segera yang popular di pasaran ialah Maggi, Mamee Chef, Mi Sedaap, IndoMie dan banyak lagi.

Mi segera akan bertambah sedap jika ditambah sayur-sayur dan telur. - Gambar dari Instagram @bella_natasya
Mi segera akan bertambah sedap jika ditambah sayur-sayur dan telur. - Gambar dari Instagram @bella_natasya

Namun terdapat juga sesetengah individu yang mempunyai stigma bahawa makanan ini tidak sihat serta merbahaya. Mungkin betul kerana ia mengandungi kandungan Monosodium glutamat (MSG) yang tinggi terhadap serbuk perasa. Apatah lagi jika mi segera tersebut dimasak semata-mata menggunakan air dan bahan perencah yang disediakan sahaja.

Bahkan, baru-baru ini ni ada laporan mengatakan bahawa dua produk Mi Sedaap iaitu Korean Spicy Chicken Instant Noodles dan Korean Spicy Soup Instant Noodles didakwa mengandungi ethylene oxide, namun Kementerian Kesihatan (KKM) telah pun mengesahkan, tiada bahan racun perosak didapati dalam kedua-dua produk mi segera keluaran Indonesia tersebut. 

Jadi, hari ini penulis ingin berkongsi tiga bahan tambahan mudah yang anda boleh cuba masukkan ke dalam masakan mi segera terutama versi sup bagi menghasilkan hidangan seimbang.

 

Ayam 

Ayam, antara protein yang boleh menambah selera jika dimasak bersama mi segera. - Gambar oleh Syeda Imran
Ayam, antara protein yang boleh menambah selera jika dimasak bersama mi segera. - Gambar oleh Syeda Imran

Ayam atau daging merupakan salah satu bahan protein yang sedap dan sangat sesuai dimasukkan ke dalam mana-mana perisa mi segera. Ia akan menambahkan rasa kuah yang lebih enak.

Dengan menambah ayam misalnya ke dalam masakan, ia dapat dijadikan stok ayam untuk menghasilkan rasa enak yang asli tanpa menggunakan apa-apa sos atau bahan perisa tambahan lain.

 

Daging

Daging juga mengandungi protein yang tinggi. - Gambar hiasan dari Pixabay
Daging juga mengandungi protein yang tinggi. - Gambar hiasan dari Pixabay

Protein ayam mengandungi banyak vitamin dan mineral terutamanya Vitamin B yang melindungi tubuh daripada kanser manakala daging pula mempunyai zat besi yang membantu memberikan tenaga serta mereka yang mempunyai kekurangan darah. 

 

Sayur-sayuran

Tambahkan sayur ke dalam mi segera dan ajarlah anak-anak untuk makan sayur. - Gambar oleh Sairien Nafis
Tambahkan sayur ke dalam mi segera dan ajarlah anak-anak untuk makan sayur. - Gambar oleh Sairien Nafis

Nama pun sayur, sudah tentu ia sihat dimakan. Cuba wajibkan diri untuk memasukkan apa-apa sahaja jenis sayuran ke dalam masakan mi segera kerana kandungan serat, fitonutrien dan kalium dapat membantu melancarkan proses penghadaman. 

Selain itu, antara kebaikan memakan sayur adalah ia dapat menguatkan sistem imun bahkan sesetengah daripada sayuran dapat membantu anda untuk mendapat kulit yang cantik. 

Buat mereka yang mempunyai anak-anak yang gemar makan mi segera ini, anda boleh campurkan pelbagai jenis sayur seperti lobak merah, sawi dan seumpamanya bagi menarik perhatian dan selera mereka.

 

Tauhu

Satu lagi bahan yang sedap untuk ditambah di dalam masakan mi segera ialah tauhu. Tauhu ini selalunya akan dimasukkan semasa proses akhir masakan, sebelum ia siap dihidang  memandangkan teksturnya sangat lembut. 

Bagusnya, bahan ini ditambah ke dalam masakan kerana ia memiliki kalsium yang tinggi dan antara kebaikannya ialah memberi perlindungan terhadap kanser serta penyakit jantung. Bahan asas tauhu ini pun sudah diperbuat daripada kacang soya, jadi sudah tentulah segala manfaat kacang soya itu boleh didapati dalam hidangan anda.

Jadi, inilah tiga bahan tambahan yang anda boleh cuba di rumah dengan apa juga jenis atau jenama mi segera yang ada di pasaran. Mudah, lebih sihat dan seimbang. Bagaimanapun perlu diingatkan dalam apa jua yang kita makan, semuanya tidak boleh berlebihan kerana ketidakstabilan dalam pemakanan masih boleh mengundang penyakit yang lain. Selamat mencuba! - Getaran, 1 Mei 2023 

Berita Berkaitan

1

Selera 1 tahun yang lalu

Nak Tukar Selera? - Ayuh Cuba 2 Resipi Mudah Berasaskan Sup Oden Untuk Tukar Selera

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Mi Kari Putih Penang Ah Lai, Mi Ayam Special Indomie Selamat Dimakan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Anwar Doa Erdogan Terus Kuat, Keadaan Kesihatan Bertambah Baik

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Mi Segera Tetap Kegemaran Ramai Meski Terdapat Karsinogenik Dalam Produk Tertentu

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

oleh Rahayu MN