web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


3 Penunggang Motosikal Pulang Kerja, Maut

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Aug 2021 8:02AM

3 penunggang motosikal maut selepas dirempuh oleh sebuah kenderaan di Kampung Sitiawan, Perak, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SITIAWAN - Tiga penunggang motosikal maut selepas dipercayai dirempuh sebuah kereta jenis Proton Preve di Kampung Sitiawan, di sini, semalam.

Difahamkan, ketiga-tiga mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Kawasan Perindustrian Kampung Acheh di sini.

Kesemua mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala seorang penumpang Proton Preve turut mengalami kecederaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan, Mohd Zaki Zainol berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 5.28 petang sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, sebaik tiba, pihaknya mendapati kemalangan itu membabitkan tiga motosikal dan sebuah kereta.

"Nahas berkenaan menyebabkan tiga penunggang motosikal meninggal dunia di lokasi kejadian dan difahamkan ketiga-tiga mangsa datang dari arah Kampung Acheh.

"Kesemua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan manakala seorang penumpang Proton Preve yang cedera dibawa ke hospital rawatan lanjut,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi.

Menurut Mohd Zaki, mayat ketiga-tiga mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk prosedur seterusnya sebelum operasi ditamatkan jam 5.56 petang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner (ACP) Nor Omar Sappi ketika dihubungi mengesahkan kemalangan itu dan memberitahu, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Getaran, 22 Ogos 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut