web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bekerja Walaupun Bergelang Merah Jambu, Penyelia, 9 Pekerja Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Aug 2021 12:52PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KAMPAR - Polis menahan seorang penyelia dan sembilan pekerja sebuah premis pembungkusan selepas didapati masih bekerja walaupun memakai gelang kuarantin merah jambu.

Difahamkan, kesemua mereka ditahan semalam di sebuah premis di Jalan Teknologi 3, Kawasan Perindustrian Gopeng 2, di sini, kira-kira jam 12.30 tengah hari, semalam.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, pemeriksan rutin di premis itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Task Force Ops Patuh Ibu Pejabat Polis (IPD) Kampar.

Katanya, pemeriksaan mendapati kesemua mereka iaitu penyelia berusia 32 tahun yang juga rakyat tempatan bersama sembilan pekerja warga asing dalam lingkungan umur 25 hingga 40 tahun itu masih dalam tempoh kuarantin bermula 18 hingga 27 Ogos.

Menurut Hasron Nazri, siasatan mendapati penyelia premis berkenaan dipercayai mengarahkan sembilan pekerja terbabit yang tinggal di aras dua supaya datang bekerja pada jam 8 pagi di tingkat bawah premis berkenaan.

“Perintah kuarantin dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kampar dan kesemua mereka dipakaikan gelang kuarantin pada pada 20 Ogos lalu.

"Tangkapan dibuat terhadap penyelia premis bersama kesemua pekerja terbabit kerana melakukan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Pelan Pemulihan Negara Fasa 2,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Hasron berkata, siasatan kes berkenaan dijalankan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan cuai yang mungkin merebakkan jangkitan penyakit berbahaya kepada nyawa.

Katanya, kes itu juga turut disiasat di bawah Peraturan 16, Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021. - Getaran, 22 Ogos 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut