web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ucapan Pertama PM Ke-9 Petang Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Aug 2021 2:40PM

Ismail Sabri Yaakob - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadualkan memberi perutusan khas pada jam 5.30 petang hari ini.

Ucapan itu dijangka bagi menzahirkan penghargaan atas lantikan sebagai Perdana Menteri, selain turut memperincikan beberapa perkara lain, antaranya komitmen dan kerangka hala tuju kerajaan, khususnya dalam perang melawan pandemik COVID-19 serta pemulihan ekonomi.

Ucapan khas itu akan disiarkan secara langsung menerusi semua saluran televisyen utama petang ini.

Ismail Sabri mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri semalam, menggantikan  Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meletakkan jawatan bersama seluruh Jemaah Menteri 16 Ogos lalu.

Muhyiddin hilang keabsahan selepas 15 ahli parlimen UMNO menarik semula sokongan terhadap Perikatan Nasional (PN), seperti diputuskan presiden parti itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ia menyebabkan UMNO ketika itu seolah berpecah kepada dua kumpulan, apabila Ismail Sabri yang menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri memilih untuk bersetia bersama PN, diikuti beberapa anggota senior parti, antaranya bekas Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, bekas Ketua Pergerakan Pemuda, Khairy Jamaluddin dan bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa. - Getaran, 22 Ogos 2021.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut