web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


12,000 Anggota Bomba Siap Sedia Hadapi Tengkujuh

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Aug 2021 4:00PM

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia memberi penerangan kepada anggota yang terbabit dalam operasi penyelamat mencari mangsa yang hilang di Taman Rekreasi Titi Hayun selepas banjir kilat susulan kejadian kepala air di kaki Gunung Jerai di Titi Hayun Yan, beberapa hari lalu. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lebih 12,000 anggota serta pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di seluruh negara bersiap siaga untuk dikerahkan bagi tujuan memantau dan menyelamat di kawasan berisiko susulan musim tengkujuh mula melanda negara ini.

Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata ia merangkumi kesiapsiagaan mengatur gerak di kawasan dilanda banjir kilat, banjir lumpur mahupun tanah runtuh.

Beliau berkata pihaknya bergantung kepada maklumat disediakan pihak Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) untuk menggerakkan sepenuhnya lebih 1,000 aset JBPM, selain anggota dan pegawai ke lokasi-lokasi panas kawasan banjir dan bencana alam yang dikenal pasti.

"Maklumat diterima untuk tindakan kami termasuk mengenai jumlah taburan hujan di sesetengah kawasan, pasang surut air dan berkaitan monsun yang akan melanda," katanya kepada Bernama.

Persediaan ini membabitkan 324 balai seluruh negara selain 16 Pusat Gerakan Operasi (PGO) setiap negeri.

Mengenai bencana banjir di sekitar Gunung Jerai, di Yan Kedah, Hamdan berkata situasi banjir melanda di beberapa negeri seperti Kedah, Perak, Pulau Pinang serta Selangor baru-baru ini adalah disebabkan kadar taburan hujan yang bukan seperti kebiasaan.

"JBPM kini sedang memberi fokus mengesan mangsa yang hilang dibawa arus banjir di Kedah termasuk menggunakan helikopter serta khidmat dron canggih yang boleh mengesan suhu badan manusia di luar batas kemampuan pasukan keselamatan,” katanya.

Pada 18 Ogos lalu, beberapa kawasan kampung dan taman perumahan di sekitar Gunung Jerai dilanda banjir dipercayai akibat fenomena kepala air dari kawasan air terjun di kaki gunung itu. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut