web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pemandu Proton Preve Terbabit Kemalangan Diburu Polis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Aug 2021 5:09PM

Bomba memberikan bantuan kepada mangsa kemalangan di lokasi kejadian

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MANJUNG - Polis sedang mengesan pemandu Proton Preve yang terbabit kemalangan sehingga menyebabkan tiga penunggang motosikal maut di Kilometer 4 Jalan Kampung Acheh - Sitiawan, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, pemandu lelaki berusia 38 tahun tersebut bertindak melarikan diri selepas nahas.

Insiden berkenaan mengakibatkan Mohd Nur Hisham Hassan, 29, Hasrandy Bahrum, 27, dan Mohd Suhail Zainal, 22, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Difahamkan, selain tiga mangsa yang maut, kejadian sama turut mengakibatkan enam mangsa termasuk seorang wanita cedera, dengan tiga daripada mereka dilaporkan parah.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner (ACP) Nor Omar Sappi berkata, pemandu kereta berkenaan dipercayai melarikan diri sebaik kejadian dan pihaknya kini sedang mengesan lelaki berkenaan.

Menurutnya, polis turut menahan penumpang hadapan kereta berkenaan iaitu lelaki berusia 24 tahun selepas ujian saringan air kencing mendapati dia positif dadah jenis metafetamin.

“Siasatan awal mendapati Proton Preve dipandu suspek dan dua individu termasuk seorang wanita berusia 24 tahun itu datang dari arah Lekir menghala ke Kampung Acheh.

“Apabila sampai di tempat kejadian, kereta itu dipercayai terbabas dan masuk ke laluan bertentangan, sebelum merempuh keenam-enam motosikal yang berada di laluan sepatutnya,” katanya.

Nor Omar berkata, akibat kemalangan itu tiga mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala enam lagi dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Lily Suryana Roslaili di talian 013-6559693 bagi membantu siasatan. 

Getaran semalam melaporkan, tiga lelaki maut ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja selepas motosikal ditunggangi mereka dirempuh kereta. - Getaran, 22 Ogos 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad