web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Undang-Undang Larang Penjualan Telur Penyu Dikuatkuasa Tahun Depan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Aug 2021 8:43PM

Dr Azman Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Penguatkuasaan undang-undang melarang penjualan semua jenis telur penyu di Terengganu bakal dilaksanakan bermula tahun depan.

Exco Jawatankuasa Pertanian dan Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar, Dr Azman Ibrahim berkata, ia susulan daripada pindaan Enakmen Penyu Terengganu 1951 (Pindaan 1987) yang akan dibentangkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) November nanti.

Menurut beliau, pelaksanaan undang-undang seperti itu sememangnya mengambil masa, namun apa yang penting adalah untuk ia diluluskan oleh sidang DUN terlebih dahulu.

"Selepas diluluskan, kita akan beralih kepada aspek lebih teknikal, yang dijangka boleh diselesaikan dalam tempoh setahun," katanya selepas majlis penyerahan Input bagi memperkasakan Melon Manis Terengganu di sini.

Pada masa sama Dr Azman turut menafikan dakwaan bahawa kerajaan negeri tidak peduli terhadap aktiviti penjualan telur penyu secara terbuka, khususnya di Pasar Payang.

Beliau berkata, pihaknya sedia maklum mengenai aktiviti tersebut namun tiada tindakan boleh diambil setakat ini, kerana ia bukan satu kesalahan, melainkan telur dari penyu spesies Belimbing.

 “Ada orang kata exco ini tak nampak ke telur dijual di pasar. Kita nampak tapi masalahnya peraturan memang mengizinkan dan tiada kesalahan untuk perkara itu.

“Sebab itu kita nak pinda enakmen untuk mencegah aktiviti ini,” katanya.

Kali terakhir Enakmen Penyu Terengganu dipinda adalah pada tahun 1987.

Terengganu merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang tidak melarang penjualan telur penyu di pasaran, melainkan jika ia dari  spesies penyu Belimbing. - Getaran, 22 Ogos 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut