web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kibar Jalur Gemilang, Semai Semangat Cinta Negara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Aug 2021 7:40AM

Nizam melepaskan peserta konvoi Jalur Gemilang anjuran Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional membabitkan 20 KRT di seluruh Tawau

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Orang ramai dan pemilik premis di daerah ini digalakkan mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kebangsaan dalam usaha menyemai semangat cintakan negara.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk memupuk perpaduan menerusi sambutan Bulan Kemerdekaan yang berlangsung sepanjang Ogos.

"Bukan sahaja di bangunan perniagaan sekitar bandar, sebaliknya aktiviti yang sama boleh dilakukan di kediaman masing-masing.

 "Secara tidak langsung, kita dapat mendidik generasi muda untuk terus menghargai keamanan hari ini hasil pengorbanan generasi terdahulu," katanya selepas melancarkan Program Kibar Jalu Gemilang dan Pemberian Bendera anjuran Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Peringkat Daerah Tawau di Kampung Batu Payung, di sini.

 Menurut Nizam, program tersebut turut membabitkan 20 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di seluruh Tawau.

"Menerusi program ini, kami turut mengedarkan bendera Jalur Gemilang dan Sabah kepada wakil KRT mengikut pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

"Selepas ini, wakil KRT akan mengadakan konvoi jelajah di kawasan masing-masing dalam usaha menyemarakkan dan mempromosi sambutan Hari Kebangsaan," katanya.

 Tambahnya, walaupun sambutan Bulan Kemerdekaan tidak dapat diadakan seperti biasa akibat pandemik COVID-19, ia tidak seharusnya menjadi penghalang untuk ia diraikan.

"Menerusi program sebegini, ia dapat menyuntik semangat patriotik, cinta dan toleransi dalam kalangan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa dan agama," katanya. - Getaran, 23 Ogos 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut