web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penglibatan GP Dipertimbang Ikut Keperluan Semasa - CITF

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Aug 2021 7:54AM

CITF memaklumkan dakwaan penglibatan GP untuk PICK akan dihentikan adalah tidak tepat, sebaliknya hanya dipertimbang mengikut keperluan semasa. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penglibatan pengamal perubatan am swasta (GP) pada masa hadapan akan dipertimbangkan dalam menjamin kesinambungan kepada Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kerana tiada lagi pusat pemberian vaksin (PPV) akan beroperasi pada waktu itu. 

Menurut Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF), keperluan untuk mengurangkan jumlah PPV di Lembah Klang termasuk penglibatan petugas GP wujud selepas Operasi Lonjakan Kapasiti selesai dilaksanakan bermula 26 Julai hingga 1 Ogos lepas untuk mengawal wabak COVID-19 di kawasan berkenaan.

Justeru, CITF memaklumkan dakwaan penglibatan GP untuk PICK akan dihentikan adalah tidak tepat, sebaliknya hanya dipertimbang mengikut keperluan semasa.

"CITF amat menghargai perkhidmatan yang diberikan oleh GP dalam PICK, yang pastinya menyumbang kepada pencapaian negara mencatatkan kadar vaksinasi harian per kapita antara terpantas di dunia baru-baru ini.

"CITF mengambil kira pelbagai perkara dalam pengoperasian PICK seperti kapasiti PPV, bilangan individu yang perlu disuntik dan bekalan vaksin. Keperluan semasa seperti kawalan wabak juga mempengaruhi pelaksanaan PICK," menurut CITF dalam kenyataan semalam. 

Kenyataan itu memaklumkan GP menyumbang lebih kurang lima peratus daripada keseluruhan suntikan yang diberikan sepanjang tempoh pelaksanaan Operasi Lonjakan Kapasiti. 

Menurut CITF, setakat semalam, peratusan populasi dewasa Lembah Klang yang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos adalah 107.7 peratus, termasuk vaksinasi yang diberikan kepada penduduk tanpa dokumen dan golongan bukan pemastautin.

"Lanjutan selesainya operasi ini, wujud keperluan untuk bilangan PPV di Lembah Klang dikurangkan, termasuk yang melibatkan para GP.

"Di Lembah Klang, setakat hari ini, 12 PPV telah ditutup dan dari 23 sehingga 29 Ogos, 21 PPV lagi akan ditutup. Daripada 32 PPV yang ditutup, tujuh adalah PPV Awam," menurut kenyataan itu. 

Dalam pada itu, CITF memaklumkan keperluan baharu seperti dos penggalak, vaksinasi remaja (umur 12 hingga 17 tahun) serta vaksinasi berterusan untuk pendaftar baru akan dimuktamadkan dari semasa ke semasa. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut