web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Utamakan Rakyat, Berbahas Secara Rasional - Pemangku Sultan Pahang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Aug 2021 4:14PM

Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) perlu berpegang kepada prinsip mendahulukan rakyat dan menggunakan peluang untuk berbahas secara rasional.

Pemangku Sultan Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah bertitah, situasi politik semasa dan perkembangan terkini berkaitan penularan pandemik COVID-19 perlu dijadikan panduan kepada semua ADUN untuk menumpukan usaha membantu rakyat.

“Saya menasihatkan semua wakil rakyat agar berubah kepada politik lebih matang, jujur serta ikhlas untuk membantu rakyat dan memajukan negara.

“Rakyat dan negara tidak wajar dibebani kemelut politik atau perebutan kuasa tidak berkesudahan. Ini bukanlah masa untuk kita bersengketa dan banyak bicara (bercakap) tanpa berbuat apa-apa. Ini adalah masa untuk kita semua bersama demi negara, negeri dan rakyat,” titahnya pada pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Pahang, di sini, hari ini.

Tengku Hassanal turut merakamkan ucapan tahniah kepada ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dilantik sebagai Perdana Menteri Kesembilan, Sabtu lalu.

Baginda turut menzahirkan harapan untuk melihat Ismail Sabri menjalankan tugas dan tanggung jawab diamanahkan sebaik mungkin.

Menyentuh mengenai tadbir urus kerajaan Pahang diketuai Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Tengku Hassanal bertitah, pelbagai usaha dan inisiatif diperkenalkan kerajaan negeri selama ini bagi membantu penduduk terjejas akibat pandemik COVID-19 perlu diteruskan dengan kerjasama semua pihak.

“Kes COVID-19 di negeri ini masih tinggi dan saya menyeru semua rakyat mengamalkan langkah keselamatan serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan pihak kerajaan.

“Mengenai bantuan dan inisiatif diperkenalkan kerajaan negeri pula, saya rasa ia bukanlah daripada kerajaan negeri semata-mata, tetapi turut membabitkan pihak swasta dan korporat,” titah baginda.

Baginda bertitah, semua pihak berkaitan perlu sentiasa cakna dengan persekitaran dan kejiranan setempat, bagi memastikan tidak ada yang tercicir daripada menerima bantuan.

Tengku Hassanal turut mengingatkan kerajaan negeri untuk terus mengamalkan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus secara lestari dalam melaksanakan agenda pembangunan dan kemajuan.

Titahnya, setiap agensi dan jabatan yang terbabit dalam tugas penguatkuasaan perlu menjalankan tugas mereka tanpa sebarang rasa takut dan tertekan.

“Saya mengalu-alukan pembangunan dan pelaburan, namun ia bukanlah alasan untuk kita mengabaikan dan melakukan kemusnahan sesuka hati,” titah baginda. – Getaran, 23 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Op Global: 171 Ditahan Bantu Siasatan Eksploitasi Kanak-kanak, 402 Mangsa Diselamatkan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Polis Rampas Peralatan Darjah Kebesaran Palsu Daripada Pengarah Syarikat Telekomunikasi

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Tiada Kegiatan Hidupkan Semula Ajaran Ayah Pin Dikesan Di Pahang

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut