web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kes Pemerdagangan Manusia: Selebriti Hanya Jadi Saksi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Aug 2021 10:02PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Dua individu, seorang lelaki dan wanita yang dipercayai terbabit dalam kes pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks baru-baru ini akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Pilah, dekat sini, esok.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Supt Amran Mohd Ghani berkata mereka dijangka akan didakwa pada jam 9 pagi mengikut Seksyen 372 (1) (f) Kanun Keseksaan dan Seksyen 372B Kanun Keseksaan.

Menurutnya, seorang selebriti yang sebelum ini ditahan susulan dipercayai terbabit dalam kes berkenaan hanya dipanggil untuk membantu siasatan dan tidak didakwa.

“Penahanan selebriti itu hanya membantu siasatan dan akan menjadi saksi kes sahaja," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan beberapa individu ditahan termasuk seorang selebriti lelaki berumur 40-an pada 1 Ogos lepas bagi membantu siasatan kes pemerdagangan manusia dipercayai bagi tujuan eksploitasi seks.

Susulan penahanan itu, polis turut menyelamatkan seorang wanita berketurunan Melanau di sebuah bilik hotel di Kuala Pilah dekat sini dan mendapat perintah perlindungan sementara untuk menempatkan mangsa di sebuah rumah perlindungan di Johor. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad