web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Azalina Letak Jawatan Timbalan Speaker

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Aug 2021 7:20AM

Azalina Othman Said - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said mengesahkan bahawa beliau telah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat. 

Dalam kenyataan yang dikongsi dalam akaun Facebooknya malam tadi, Azalina berkata tindakan tersebut diambil supaya dapat menjalankan kewajipan dengan berkesan tanpa rasa takut atau memihak kepada mana-mana pihak.

Justeru, beliau mencadangkan agar Speaker dan Timbalan Speaker digantung daripada jawatan parti politik pada masa akan datang bagi memastikan keadilan dan saksama daripada pengaruh politik.

Beliau berkata terdapat percanggahan peranan dan tanggungjawab antaranya menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Ahli Parlimen dalam kerajaan memerintah dengan peristiwa lampau telah mendedahkan keputusan bercanggah dalam UMNO sebagai parti dan Ahli Parlimen kerajaan gabungan.

“Dengan pelantikan Perdana Menteri baharu serta tuntutan jelas rakyat untuk kerjasama pelbagai pihak politik, saya meletak jawatan hari ini supaya kerajaan dan pembangkang dapat lebih banyak ruang untuk menetapkan semula Dewan Rakyat agar ia benar-benar dapat berfungsi sebagai forum persaingan profesional mengenai dasar dan urus tadbir.

“Saya akan menyokong sebarang pembaharuan kerajaan dan pembangkang dalam usaha mencari penyelesaian bijak secara kolektif.

“Ini adalah satu penghormatan besar dan peluang berkhidmat sebagai Timbalan Speaker selama 13 bulan yang lalu,” katanya.

Di samping itu, katanya, perkembangan sejak 17 bulan lalu telah mendorong beliau memikirkan kecacatan institusi Parlimen termasuk keterbatasannya sendiri untuk menjalankan tugas dengan baik dalam suasana sedemikian tanpa berkompromi dengan integriti profesionalnya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad