web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Perlombongan Nadir Bumi, Pahang Nafi Beri Kebenaran

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Aug 2021 6:24PM

Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah pada Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang, semalam. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Kerajaan Pahang menafikan sudah memberi 'lampu hijau' kepada pemegang lesen melombong bahan mineral nadir bumi di Ulu Jelai, dekat Lipis. 

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, tindakan sesetengah pihak menyebarkan dakwaan kononnya projek perlombongan itu sudah mendapat kelulusan daripada kerajaan negeri adalah tidak benar dan mengelirukan. 

"Tuduhan kononnya kita (kerajaan negeri) membenarkan operator atau syarikat berkenaan memulakan kerja (melombong) di kawasan itu adalah tidak betul dan saya ingin tegaskan di sini bahawa sebarang kelulusan atau kebenaran, hanya akan diberikan jika mereka memenuhi syarat ketat ditetapkan kerajaan Pahang. 

"Mereka perlu memenuhi dua syarat iaitu memenuhi syarat penilaian impak alam sekitar (EIA) ditetapkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan memperoleh kelulusan Skim Perlombongan Operasi (OMS) yang dikeluarkan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) negeri,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika menjawab soalan tambahan dikemukakan ahli dewan undangan negeri (ADUN) Teruntum daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Sim Choon Siang ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini. 

Wan Rosdy menambah, kerja melombong hanya boleh dimulakan sekiranya pihak terbabit sudah memenuhi kedua-dua syarat ditetapkan.

“Bagaimanapun, kerajaan negeri masih mempunyai kuasa untuk mengarahkan operasi melombong dihentikan serta-merta jika syarikat berkenaan gagal menjaga alam sekitar ketika proses mengeluarkan bahan mineral dilakukan," katanya. 

Terdahulu, Choon Siang meminta kerajaan Pahang memberikan penerangan berkaitan isu lesen melombong di sekitar Tasik Chini, dekat Pekan dan projek perlombongan nadir bumi di Ulu Jelai, Lipis. 

"Kita (kerajaan negeri) tidak boleh halang jika mereka (pengusaha dan syarikat perlombongan) ingin mengemukakan permohonan kebenaran melombong, mereka boleh mengemukakan (permohonan) di Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri, tapi kita ada kuasa untuk menolak atau meluluskan permohonan itu dan kerajaan Pahang menetapkan syarat sangat ketat bagi mengelak kesan terhad alam sekitar jika aktiviti berkenaan (melombong) mendapat kebenaran," katanya. 

Isu membabitkan cadangan aktiviti perlombongan berhampiran perkampungan Orang Asli dekat hutan Jelai, Lipis, itu mendapat bantahan daripada pelbagai pihak kerana dibimbangi mengakibatkan ancaman kepada alam sekitar, selain mendatangkan risiko kesihatan kepada ratusan keluarga yang menetap di kawasan berkenaan. 

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin memaklumkan, kerajaan negeri sudah mengemukakan hasil kajian berkala kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Berkaitan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan (UNESCO) pada 22 Disember lalu. 

"Hasil kajian berkala itu adalah bagi tujuan audit oleh UNESCO dan mereka mencadangkan beberapa langkah susulan, bagi mempertahankan status rizab biosfera Tasik Chini yang diperoleh sejak tahun 2009.

"Antara langkah proaktif yang sudah dilaksanakan kerajaan negeri ialah memperluaskan kawasan hutan simpan kekal di sekitar Tasik Chini dan mewartakan hutan berkenaan sebagai hutan simpan kekal bagi menghalang sebarang permohonan atau aktiviti perlombongan baharu di kawasan berkenaan," katanya ketika menjawab soalan lisan dikemukakan ADUN Ketari daripada DAP, Young Syefura Othman. 

Mohd Sharkar memaklumkan, buat masa ini hanya dua operator atau syarikat masih menjalankan aktiviti melombong di sekitar Tasik Chini dan kerajaan negeri sudah memutuskan, lesen kebenaran melombong syarikat terbabit tidak akan diperbaharui selepas tempohnya tamat.  – Getaran, 24 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Op Global: 171 Ditahan Bantu Siasatan Eksploitasi Kanak-kanak, 402 Mangsa Diselamatkan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Polis Rampas Peralatan Darjah Kebesaran Palsu Daripada Pengarah Syarikat Telekomunikasi

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Kazakhstan Beri Peluang Syarikat Malaysia Teroka Bidang Baharu

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad