web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Nahas 3 Maut, Pemandu Proton Preve Direman Seminggu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Aug 2021 8:00PM

Seorang lelaki ditahan reman sehingga 30 Ogos ini bagi membantu siasatan kes kemalangan maut melibatkan 3 penunggang motosikal di Sitiawan, Sabtu lalu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LUMUT - Pemandu Proton Preve yang terbabit dalam kemalangan mengakibatkan tiga penunggang motosikal maut di Sitiawan, Sabtu lalu, direman selama seminggu bermula hari ini.

Perintah tahanan reman sehingga 30 Ogos itu dikeluarkan Majistret Nurul Izalina Rajaai di Mahkamah Majistret Seri Manjung.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner (ACP) Nor Omar Sappi berkata, suspek dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman selepas menyerah diri di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung pada jam 2.50 petang, semalam.

Katanya, suspek berusia 38 tahun itu direman bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Nor Omar berkata, suspek yang berusia 38 tahun didapati memandu di bawah pengaruh dadah ketika kejadian.

Susulan itu, suspek turut disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Ujian saringan air kencing dijalankan terhadapnya semalam mendapati dia positif dadah jenis metafetamin atau syabu,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, suspek yang memandu bersama dua lagi rakannya dikatakan hilang kawalan, sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh enam motosikal.

Kemalangan tersebut menyebabkan tiga lelaki maut di tempat kejadian, manakala empat penunggang motosikal serta dua penumpang kereta Proton Preve itu cedera parah dan dirawat di Hospital Seri Manjung. - Getaran, 24 Ogos 2021

Keterangan Gambar - Pemandu Proton Preve berusia 38 tahun itu dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad