web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PERKESO Bayar RM11.11 Juta Kepada Waris Pencarum Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Aug 2021 7:53AM

Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah membayar faedah sebanyak RM11.11 juta kepada waris pencarum layak yang meninggal dunia akibat pandemik COVID-19, setakat ini.

Ketua Eksekutifnya Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata bayaran itu melibatkan hampir 11,100 penerima yang permohonannya diluluskan termasuk kategori Pencen Penakat di bawah Skim Keilatan dan Faedah Orang Tanggungan (FOT) di bawah Skim Bencana Pekerjaan.

“Perkeso juga perlu menyediakan kira-kira RM110 juta untuk bayaran jangka panjang kepada waris-waris iaitu suami atau isteri kepada penerima dan kemudian turun kepada anak-anak mereka sehingga berusia 21 tahun atau selesai ijazah pertama,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada lapan beradik yang kehilangan ibu bapa akibat COVID-19 di sini semalam.

Sementara itu, sebanyak RM200 juta telah dibayar melalui Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) kepada hampir 50,000 pencarum yang hilang pekerjaan sejak Januari hingga Julai lepas akibat pandemik COVID-19.

Bayaran tersebut adalah berdasarkan syarat yang ditetapkan iaitu hilang pekerjaan kerana syarikat gulung tikar, pengecilan operasi, Skim Pemisahan Sukarela (VSS) dan sebagainya.

“Namun, mereka yang diberhentikan kerja akibat masalah disiplin dan sebagainya, ia tidak termasuk dalam SIP,” katanya.

Dalam pada itu katanya, dari Januari tahun ini hingga semalam sebanyak 2,857 kes melibatkan pencarum telah dibantu oleh Skuad Perkeso Prihatin.

Beliau berkata skuad yang ditubuhkan sejak 2016 itu akan bertindak memantau maklumat di media massa, media sosial dan orang ramai jika terdapat kematian atau kemalangan yang melibatkan pencarum pertubuhan itu.

“Kita tidak akan tunggu sehingga waris memohon, sebaliknya pegawai-pegawai akan terus ke rumah waris dan jika didapati nombor kad pengenalan mereka berada dalam sistem dan layak, kita akan terus proses dan bayar faedah yang layak mereka terima,” katanya.

Beliau berkata pendekatan ‘search and serve’ itu adalah bagi memastikan kesejahteraan para pekerja dan orang berinsurans sentiasa terjamin. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Keluarga Mangsa Pokok Tumbang Terima Bantuan, Menteri Tanggung Kos Kelas Memandu Anak Mangsa

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Kementerian Komunikasi Teliti Mekanisme Terbaik Caruman PERKESO Untuk ‘Stringer’

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Hampir 5,000 Penggiat Seni Bakal Peroleh Manfaat Kerjasama FINAS, PERKESO - Fahmi

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Karnival Kerja Wanita MYFuturejobs PERKESO 2024 Tawar 10,000 Peluang Pekerjaan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad