web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Keluarga Mangsa Pokok Tumbang Terima Bantuan, Menteri Tanggung Kos Kelas Memandu Anak Mangsa

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 12 May 2024 8:24PM

Steven Sim (kiri) menyampaikan bantuan kepada keluarga Md Rizal Atan sambil diperhatikan Dr Zaliha Mustafa (dua, kiri) - Gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua anak mangsa pokok tumbang di ibu negara minggu lalu akan menerima bantuan Kementerian Sumber Manusia bagi memastikan mereka memperoleh lesen memandu dan menunggang motosikal secepat mungkin.

Menteri berkenaan, Steven Sim berkata, beliau akan menanggung semua kos yang perlu dibayar untuk mendapatkan kedua-dua lesen berkenaan.

Menurut beliau, ia dijangka menelan belanja RM2,000.

“Anak sulung, Ielfa, 19 tahun bagitau saya, sebelum ini ayahnya kata nak hantar dia ambil lesen memandu kereta ketika cuti sekolah akan datang. Bila dah boleh memandu, bolehlah dia bantu ibunya.

“Sekarang ayahnya sudah tiada, Steven bantu tunai janji arwah ayah untuk biaya segala kos Ielfa amik lesen memandu.

“Adiknya, Irfan, 16 tahun pun akan amik lesen motor hujung tahun. Saya tanggung sekali. Kos kesemuanya dalam lingkungan RM2000,” katanya menerusi hantaran aplikasi X hari ini.

Menerusi ciapan sama Steven memberitahu, kunjungan terbabit turut melibatkan Menteri Wilayah Persekutuan, Dr. Zaliha Mustafa dan Ahli Parlimen Shah Alam, Azli Yusof.

Dalam lawatan itu, Steven mewakili Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menyampaikan sumbangan faedah Orang Tanggungan sebanyak RM3,400 kepada isteri mangsa.

Di bawah skim tersebut, isteri mangsa akan menerima bantuan wang tunai setiap bulan sehingga hujung hayatnya.

Selain itu, beliau turut menyampaikan sumbangan bantuan faedah pengurusan mayat sebanyak RM2,000.

Allahyarham Md Rizal Atan, 47, maut di tempat kejadian dalam insiden pokok tumbang di hadapan Hotel Shangri-la, Jalan Sultan Ismail.

Nahas pokok tumbang itu turut mencederakan dua lagi mangsa iaitu lelaki berusia 26 tahun yang merupakan pemandu e-hailing dan penumpangnya, wanita warga Sweden berumur 72 tahun. - Getaran, 12 Mei 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Wanita Cedera Dihempap Pokok Tumbang Di Pantai Remis

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Proses Tebang 90 Pokok Berisiko Sekitar KL Dijangka Selesai Awal Julai

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Penunggang Motosikal Cedera Pokok Tumbang Di Melaka

4

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Fuhhh! Nasib Baik Sempat Brek

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia