web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ismail Sabri Menghadap Agong Di Kuantan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Aug 2021 10:09AM

Ismail Sabri dijangka akan mengemukakan senarai cadangan barisan Kabinet kerajaan Persekutuan yang diterajui beliau kepada Yang di-Pertuan Agong. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Abdulaziz, dekat sini, pagi ini.

Difahamkan sesi menghadap itu adalah bagi Ismail Sabri mengemukakan senarai cadangan barisan Kabinet kerajaan Persekutuan yang diterajui beliau selepas mengangkat sumpah petang Sabtu lalu.

Ahli Parlimen Bera itu dijadualkan mengadakan mesyuarat Kabinet pertama selepas dilantik Perdana Menteri, esok.

Semalam, beliau mengadakan pertemuan selama kira-kira lebih sejam bersama pemimpin Pakatan Harapan (PH) diketuai Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden AMANAH, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng di pejabatnya di Putrajaya.

Melalui kenyataan bersama antara Anwar, Mohamad dan Guan Eng selepas pertemuan tersebut, gabungan blok pembangkang mengakui sedia mempertimbangkan jemputan Perdana Menteri untuk menyertai Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19.

Kata tiga pemimpin tertinggi komponen PH itu, pertimbangan terbabit adalah bagi memastikan keputusan dibuat secara ikhlas untuk menangani pandemik COVID-19 dan kemelesetan ekonomi, bukan sekadar tangkap muat kepada pandangan kerajaan semata-mata. - Getaran, 26 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

2

Muzik 6 bulan yang lalu

Ungu, Ratu Rock Ella Bakal Bersatu Dalam Satu Konsert

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Dana RM700 Juta: 'Ya, Kami Ambil Keterangan Ismail Sabri' - SPRM

4

Selebriti 11 bulan yang lalu

DJ Dave Raih Anugerah Khas Kelab Rotary Untuk Perpaduan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad