web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 3 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

Semasa Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 27 Aug 2024 12:28PM

Pengerusi PN Muhyiddin Yassin semasa tiba di Mahkamah Sesyen Gua Musang pagi tadi. – Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GUA MUSANG – Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri (DUN) Nenggiri baru-baru ini.

Muhyiddin, 77, membuat pengakuan terbabit selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri.

Mengikut pertuduhan, Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) didakwa melakukan perbuatan itu di kawasan lapang berhampiran Dewan Semai Bakti Felda Perasu di sini, dan didapati telah menyebut perkataan menghasut antara pada pukul 10.30 malam hingga 11.50 malam, 14 Ogos lepas.

Kenyataan menghasut itu berkenaan dakwaan beliau yang tidak dijemput oleh Yang di-Pertuan Agong selepas Pilihan Raya Umum ke-15 untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri walaupun dikatakan mempunyai sokongan 115 daripada 222 Ahli Parlimen pada masa itu.

Presiden Bersatu itu didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum di bawah Subseksyen 4(1) akta sama, membawa hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Kes dikendalikan enam Timbalan Pendakwa Raya diketuai Datuk Umar Saifuddin Jaafar manakala Muhyiddin diwakili lima peguam iaitu Amer Hamzah Arshad, Chetan Jethwani, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Mohd Nasir Abdullah dan Mariana Mat Kudin.

Semasa prosiding, Umar Saifuddin mencadangkan jaminan RM20,000 kepada Muhyiddin, namun Amer Hamzah pula memohon supaya kadar ikat jamin dikurangkan dengan mengambil kira kes-kes terdahulu di bawah seksyen sama yang memperuntukkan jumlah denda tidak melebihi RM5,000.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 November ini untuk sebutan semula kes.– BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

6 Ahli Parlimen BERSATU Sokong PM: Tiada Kekosongan Kerusi – Muhyiddin

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Muhyiddin Dapat Kebenaran Mahkamah Hadir Majlis Graduasi Cucu Di London

3

Seni & Hiburan 3 bulan yang lalu

Pembatalan Permit Persembahan Sharul Channa Ambil Kira Laporan Polis Video Berkait Isu 3R

4

Politik 4 bulan yang lalu

Polis Terima 12 Laporan, Tiada Unsur Provokasi 3R

Sorotan

1

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

2

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

3

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

4

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

5

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

6

Harimau Malaya Ke Final Pestabola Merdeka Di Sebalik Boikot 'Ultras Malaya'

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

3 Pegawai Imigresen, Ejen Pekerja Asing Terlibat Rasuah Program PRM Direman

Semasa 20 jam yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

oleh Jason Santos

Semasa 1 hari yang lalu

3 Cedera Diserang Memerang Ketika Joging Di Kota Kinabalu

Semasa 1 hari yang lalu

Yusoff Rawther Didakwa Edar Kanabis