web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Polis Terima 12 Laporan, Tiada Unsur Provokasi 3R

Politik Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2024 1:30PM

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain (tengah) ketika ditemui media di IPD Hulu Selangor hari ini. - Gambar oleh Diyana Nawar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HULU SELANGOR - Sebanyak 12 laporan polis dibuka atas pelbagai kesalahan sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, antara laporan tersebut adalah kesalahan menggunakan gambar Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ketika berkempen.

“Daripada mula PRK, penamaan calon sehingga ke hari ini, polis menerima 12 laporan di mana ia melibatkan dua tangkapan dan sudah didakwa di mahkamah,” katanya kepada media di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor di sini.

Sebelum ini dua lelaki ditahan kerana mempamerkan gambar Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada sebuah kenderaan ketika berkempen.

P. Ramasamy 68, dikenakan hukuman penjara sebulan dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret  Kuala Kubu Bharu Isnin lepas.

Mengulas mengenai dakwaan rasuah melibatkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming, Razarudin berkata ia di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Tidak, siasatan dakwaan rasuah menteri di bawah SPRM bukan polis,” katanya.

Sebelum ini, Kor Ming mengumumkan peruntukan RM5.21 juta kepada Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS), bagi menambah baik infrastruktur awam di daerah itu.

Bagaimana tindakan menteri itu dikritik beberapa pihak yang mendakwa dana tersebut diluluskan demi kepentingan politik dan untuk meraih undi pada PRK berkenaan.

Pada masa sama Razarudin berkata, beliau berpuas hati sepanjang  perjalanan kempen PRK Kuala Kubu Bahru kerana tidak ada sebarang unsur provokasi melampau termasuk menyentuh isu 3R (agama, kaum dan raja).

“Ya kita puas hati perjalanan kempen PRK kali ini. Polis keluar sebanyak 190  permit bagi parti politik mengadakan ceramah dan tidak ada yang melanggar kesalahan permit,” katanya.

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu mempunyai 40,226 pengundi berdaftar dan daripada jumlah itu, 39,362 ialah pengundi biasa, 625 anggota polis, 238 anggota tentera dan pasangan serta seorang pengundi yang tidak hadir kerana berada di luar negara.

PRK ini menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan Pang Sock Tao (Pakatan Harapan), Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas). - Getaran, 11 Mei 2024


 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Agong Kurnia 10 Ekor Lembu Untuk Ibadah Korban

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kertas Siasatan Kes OKU Dipukul Pengiring Kenamaan Dirujuk Ke AGC

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Agong Berkenan Rasmi Hari Landskap Negara 2024

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Kes Faisal Halim: Polis Siasat Kaitan 3 Lagi Serangan

Sorotan

1

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

2

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

3

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

4

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

5

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Kerajaan Teliti Impak Sebelum Buat Keputusan Mengenai Rasionalisasi Subsidi RON95 - PM 

Semasa 1 hari yang lalu

Menteri Tak Pernah Promosi Kumpulan Di Media Sosial, Awas ‘Scammer’! - JPM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Fasa Meroboh Stadium Shah Alam Bermula 

oleh Diyana Nawwar

Sukan 21 jam yang lalu

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris