web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


6 Ahli Parlimen BERSATU Sokong PM: Tiada Kekosongan Kerusi – Muhyiddin

Politik Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jul 2024 8:48PM

- Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Tiada kekosongan kerusi dalam kes enam Ahli Parlimen BERSATU yang mengisytihafkan sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengesahkan perkara itu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, hal tersebut telah diputuskan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

Menurut beliau, BERSATU telah menerima surat bertarikh 9 Julai lewat petang semalam daripada Johari  yang menyatakan bahawa tidak berlaku kekosongan kerusi untuk semua Ahli Parlimen berkenaan. 

“Ia selaras Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan,” katanya hari ini.

Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, Muhyiddin menyifatkan ia sebagai jelas bercanggah dengan peruntukan di bawah Perkara 49A(3) Perlembagaan Persekutuan. 

“Keputusan YB Speaker dengan memberikan alasan-alasan dangkal dan tafsiran songsang menunjukkan YB Speaker telah mencemar Perlembagaan Persekutuan, sedangkan beliau telah berikrar untuk menjunjung dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara.

“Peruntukan Perkara 49A(1)(a)(ii) Perlembagaan Persekutuan menyatakan dengan jelas bahawa kerusi ahli Dewan Rakyat hendaklah menjadi kosong jika dia tidak lagi menjadi anggota parti politik tersebut setelah dipilih ke Dewan Rakyat sebagai anggota suatu parti politik tersebut,” katanya. 

Tegas Ahli Parlimen Pagoh itu, dalam situasi ini jelas bahawa enam Ahli Parlimen tersebut di sini tidak lagi menjadi ahli BERSATU.

“Ia selaras keputusan parti untuk menghentikan keahlian mereka, seperti termaktub dalam perlembagaan BERSATU.

Beliau menarik perhatian, alasan diberikan Johari bagi kerusi Parlimen Labuan juga tidak masuk akal kerana Ahli Parlimen berkenaan terlebih dahulu memulakan tindakan mahkamah yang menyalahi peruntukan perlembagaan Bersatu.

“Saya menyeru YB Speaker untuk menegakkan tujuan dan hasrat sebenar peruntukan 49A Perlembagaan Malaysia yang bertujuan mengekang perbuatan-perbuatan khianat ahli Dewan Rakyat yang menodai mandat rakyat semasa pilihan raya.

“Hakikatnya, keputusan YB Speaker ini sendiri telah mengkhianati semangat dan hasrat murni pindaan Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan bagi menghalang Ahli Parlimen melompat parti,” katanya.

Muhyiddin berkata, BERSATU akan mengambil tindakan sewajarnya termasuk melantik pakar  perundangan susulan keputusan dibuat Johari.

Pada Jun lepas, parti berkenaan mengemukakan notis kepada Speaker dan memohon supaya enam kerusi Parlimen diwakili wakil rakyatnya dikosongkan.

Enam Ahli Parlimen itu Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang) dan Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Datuk Iskandar (Bukit Gantang). – Getaran, 10 Julai 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Muhyiddin Dapat Kebenaran Mahkamah Hadir Majlis Graduasi Cucu Di London

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Pertuduhan Terhadap Muhyiddin Jelas, Tidak Samar-Samar - Mahkamah Persekutuan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mufti Sarawak Terima Anugerah Perdana Malidur Rasul 2024

Semasa 5 jam yang lalu

Melaka Dalam Proses Wartakan 5 Lagi Ajaran Sebagai Sesat

Semasa 5 jam yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

Semasa 1 hari yang lalu

Roti Ikhwan Tular Guna Cop Halal Bukan Produk Baharu - JAKIM

oleh Sophia Ahmad