web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


COVID-19, 75 Positif Di Pulau Perhentian

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Aug 2021 4:53PM

Ariffin Deraman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SETIU - Kerajaan negeri memberi jaminan akan menerima sebarang keputusan ditetapkan Majlis Jawatankuasa  Keselamatan Negeri berhubung status operasi Pulau Perhentian.

Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital, Ariffin Deraman berkata, ia susulan 75 kes positif COVID-19 yang dicatatkan semalam di pulau peranginan tersebut.

Menurut beliau, ia memaksa ujian saringan dilakukan ke atas 1,124 penduduk yang lain.

"Petang ini ada mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Negeri, jadi kita tengok dulu apa keputusan, terutama perkembangan yang berlaku di Pulau Perhentian sekarang ini.

"Setakat semalam yang saya tahu, memang Pulau Perhentian sudah tidak benarkan penduduk atau siapa saja keluar masuk," katanya kepada media selepas melawat tapak projek naik taraf jalur lebar 4G di Lata Payung di sini hari ini.

Ariffin bagaimanapun beliau tidak menolak kewajaran untuk operasi pulau berkenaan ditangguhkan terlebih dahulu, memandangkan risiko yang terlalu tinggi ketika ini.

"Mesyuarat petang ini turut membincangkan prosedur operasi standard (SOP) bagi operasi semua pulau peranginan di Terengganu.

"Biarpun kerajaan membenarkan pulau dibuka, namun ramai pemain industri pelancong masih belum bersedia kerana berdepan dengan kekeliruan isu SOP," katanya.

Semalam Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Kasemani Embong berkata, sebanyak 75 kes positif COVID-19 direkodkan berlaku di pulau itu.

Ini adalah kali pertama jangkitan COVID-19 dicatatkan berlaku di pulau peranginan di Terengganu.

Dr Kasmani berkata, kes COVID-19 di pulau itu berlaku bukan kerana aktiviti pelancongan yang kini sudah dibenarkan, namun berpunca daripada kekerapan penduduk  keluar masuk untuk bekerja atau membeli barang keperluan.

Katanya, arahan untuk memperketatkan sekatan keluar masuk di pulau juga sudah dikuatkuasa bermula semalam. - Getaran, 26 Ogos 2021
 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut