web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


47 Lokasi Tanah Runtuh Di Gunung Jerai Dikenal Pasti

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Aug 2021 5:17PM

Abdullah Sulaiman menunjukkan gambar-gambar runtuhan tanah yang berlaku di Gunung Jerai hingga mengakibatkan kemusnahan teruk di kawasan sekitar, baru-baru ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Sebanyak 47 lokasi tanah runtuh telah dikenal pasti di puncak serta lereng Gunung Jerai setakat ini, yang dipercayai menjadi antara punca berlakunya tragedi aliran debris (aliran puing) hingga menyebabkan enam kematian minggu lalu.

Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Kedah Perlis dan Pulau Pinang, Abdullah Sulaiman berkata, sebahagian besar daripada lokasi tanah runtuh itu ditemui di klTiti Hayun dan Batu Hampar iaitu kawasan yang paling teruk terjejas.

Fenomena kepala air di Gunung Jerai baru-baru ini telah mengakibatkan kerosakan teruk di kawasan berhampiran.
Fenomena kepala air di Gunung Jerai baru-baru ini telah mengakibatkan kerosakan teruk di kawasan berhampiran.

Jumlah itu bagaimanapun katanya, masih belum dimuktamadkan kerana masih ada beberapa kawasan lain khususnya di Tupah yang belum ditelusuri sepenuhnya.

"Sebanyak 25 daripada lokasi tanah runtuh itu berada di Titi Hayun dan 10 di Batu Hampar. Selain itu terdapat 10 lagi kawasan tanah runtuh berada laluan utama untuk naik ke Gunung Jerai, satu di Tanjung Jaga dan satu di Lembah Bujang.

"Seperti dinyatakan Jabatan Meteorologi, jumlah hujan selama lapan jam pada hari kejadian bersamaan dengan kadar hujan untuk tempoh sebulan. Keadaan ini menyebabkan berlakunya tanah runtuh itu, sekali gus mengakibatkan kemusnahan besar seperti yang kita lihat dalam kejadian pada Rabu lalu," katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya hari ini.

Tambahnya, runtuhan tersebut mempunyai pelbagai saiz iaitu kecil, sederhana dan besar.

"Keluasan untuk runtuhan saiz kecil berada dalam skala antara dua hingga lima meter manakala saiz besar pula mencecah antara 10 hingga 50 meter.

"Kebanyakan runtuhan besar ini juga berada di Titi Hayun dan Batu Hampar. Sebab itulah kita melihat kesannya cukup dahsyat di dua kawasan ini," katanya.

Beliau memberitahu, fenomena kepala air hakikatnya sering terjadi, namun kejadian itu tidak akan membawa kemusnahan teruk seperti baru-baru ini, tanpa runtuhan tanah sebagai penyumbang utama.

"Runtuhan tanah ini bagaimanapun bukanlah berpunca oleh kegiatan manusia sebaliknya berlaku disebabkan faktor semula jadi.  

"Runtuhan tanah ini akan menstabilkan semua cerun di kawasan itu. Namun sepanjang tempoh ia berlaku, biasanya akan ada lagi beberapa runtuhan kecil hingga cerun itu benar-benar stabil," katanya. - Getaran 26 Ogos 2021.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut